CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23435|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: AMK harap orang muda dipilih jadi calon

[Copy link]
Post time 3-6-2024 12:12 AM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: AMK harap orang muda dipilih jadi calon

02 Jun 2024 08:16pm








Adam Adli Foto Bernama




BUTTERWORTH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mencadangkan beberapa nama calon berpotensi yang dapat mewakili suara golongan muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan datang.

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata, satu mesyuarat khusus antara AMK dan Pemuda Kerajaan Perpaduan juga akan diadakan pada malam Ahad bagi membincangkan mengenai PRK DUN Sungai Bakap.



"Setiap pihak dalam parti memang akan sentiasa diberikan peluang untuk memberi pencalonan mewakili sektor masing-masing. Itu bukan satu perkara yang akan kami risaukan.

"Pada masa sama, kita ada disiplin bahawa kita sentiasa beri sokongan yang penuh kepada mana-mana calon yang telah pun dipilih oleh parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Pulau Pinang di Dewan Konvensyen Seberang Perai (SP) Arena, Seberang Jaya dekat sini pada Ahad.


Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memaklumkan perbincangan calon masih dalam proses dan parti akan menentukan calon secara muktamad kelak.
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN terbabit.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.




Berdasarkan rekod SPR bagi PRN 2023, DUN Sungai Bakap mempunyai 38,409 pemilih dengan 59.36 peratus pengundi Melayu, 22.54 peratus (Cina), 17.39 peratus (India), dan 0.71 peratus lain-lain. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.226216 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list