CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11782|Reply: 0

[Kedah] Buat cikgu tersayang

[Copy link]
Post time 2-6-2024 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Buat cikgu tersayang


Redzuan Muharam
[email protected]



MUHAMMAD Husni (tengah) bersama pelajarnya di SMK Tunku Panglima Besar. FOTO ihsan Muhammad Husni Abu Hassan





Kulim: Biarpun tidak mengharapkan balasan atau ganjaran atas ilmu dicurahkan, Muhammad Husni Abu Hassan tetap dihargai apabila mendapat kejutan hadiah televisyen daripada pelajarnya yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lebih membuatkan Muhammad Husni yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini terharu apabila pelajarnya sendiri menghantar TV itu ke rumahnya.

Guru yang mengajar subjek Lanskap dan Nurseri itu berkata, hadiah itu diterima pada malam Isnin lalu iaitu hari sama keluarnya keputusan SPM.

"Pada petang hari berkenaan, saya dan beberapa pelajar berjumpa kemudian makan bersama.

"Salah seorang daripada mereka tanya sama ada berada di rumah atau tak pada sebelah malam dan saya jawab ya kerana memang tak ke mana.

"Bila saya tanya kenapa, mereka (pelajar) minta tunggu dan rupanya datang ke rumah pada malamnya dengan bawa TV untuk hadiahkan kepada saya.

"Terkejut terharu dan syukur sangat waktu itu kerana tak sangka dihargai pelajar sampai begitu sekali" katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Muhammad Husni, dia tidak pernah menyuarakan hasrat kepada pelajarnya mengenai keinginan memiliki TV baharu sekalipun yang sedia ada sudah tidak berapa elok keadaannya.

"TV sebelum ini hanya boleh dengar suara, tapi tak keluar gambar (visual) dan pelajar tahu kerana pernah tegur minta saya tukar yang baharu.

"Saya pun pernah kongsi di Instragram (IG) keinginan tukar laptop atau TV baharu mungkin daripada situ pelajar dapat idea hadiahkan TV.

"Saya tak pasti mereka kumpul duit bersama untuk hadiahkan atau bagaimana kerana waktu hantar ke rumah tempoh hari hanya tiga orang.



MUHAMMAD Husni akui terkejut dan terharu apabila dihadiahkan TV baharu oleh pelajarnya. FOTO ihsan Muhammad Husni Abu Hassan

"Apa pun, saya hargai sangat malah gembira kerana 14 daripada 19 pelajar saya dapat A dan A- dalam subjek Lanskap dan Nurseri yang saya ajar tempoh hari," katanya

Bercerita lanjut, Muhammad Husni berkata, dia menjadi pendidik sejak 12 tahun lalu dan kini mengajar pelajar Tingkatan Empat dan Lima.

Anak keempat daripada lima beradik itu mengakui rapat dengan pelajarnya, malah luangkan masa bersama selepas waktu sekolah.

"Bila ada kelapangan, saya akan keluar makan dan minum dengan mereka (pelajar), datang sokong jika ada kejohanan sukan, raikan hari jadi dan pernah juga mereka datang ke rumah saya untuk kerja sekolah atau perbincangan tugasan.

"Saya juga selalu jemput mereka makan di rumah dan bawa makanan dimasak untuk makan bersama ketika waktu rehat di sekolah.

"Apabila kerap bersama, saya nampak usaha mereka untuk nak dapatkan gred A dalam subjek Lanskap dan Nurseri jadi memang bangga bila mereka dapat keputusan cemerlang," katanya.

Berhubung perkongsian di TikTok, Muhammad Husni berkata, dia sekadar berkongsi video untuk dijadikan kenangan dan inspirasi buat pelajar lain supaya menghargai guru mereka.

Muhammad Husni berkata, rata-ratanya memberi komen positif dan mengajak orang ramai mencontohi usaha murni pelajarnya.

"Sebagai guru, saya tak mengharapkan apa-apa melainkan pelajar dapat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri dan keluarga," katanya.



Disiarkan pada: Jun 2, 2024 @ 7:01am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.153978 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list