CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8261|Reply: 0

[Kedah] Mohd Azlan terima geran kereta sebagai hadiah perkahwinan

[Copy link]
Post time 29-5-2024 11:53 AM | Show all posts |Read mode

FIRDAUS (kanan) menyerahkan geran pemilikan kenderaan kepada Azlan dan isterinya, Norhidayu selepas selesai dinikahkan di Masjid Al-Maarufi. FOTO Wan Nabil Nasir

Kuala Kedah: "Saya serahkan geran yang sudah ditukarkan nama kepada Mohd Azlan serta cukai kereta Proton Persona ini dan buku solat sebagai hadiah perkahwinan mereka hari ini (semalam).

"Macam saya katakan sebelum ini, kalau dah bagi hadiah, takkan saya nak ambil pula hadiah kereta ini sebab semuanya untuk kemudahan anak mereka yang menghidap paru-paru kronik," kata Firdaus Sharifuddin, 37.

Firdaus adalah pemilik kedai kereta terpakai Haji Din Auto di Jalan Langgar yang hadir pada majlis pernikahan pasangan tular, Mohd Azlan Ishak, 36, dan isterinya, Norhidayu Halim, 35, di Masjid Al Maarufi, Seberang Kota, semalam.

Menurut Firdaus, dia turut membaca semua komen-komen warga net di laman sosial berkaitan kisah pasangan ini dan berharap semua dapat mendoakan kesejahteraan pasangan ini.


Katanya, kisah silam pasangan itu sudah boleh diperbetulkan balik dan berharap mereka dipanjangkan umur dan sentiasa sihat untuk menjaga anak mereka, Mohd Aariz Zafran, 11 bulan yang menghidap paru-paru kronik.

"Kereta Proton Persona ini pun untuk kegunaan mereka berulang alik membawa Mohd Aariz ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan untuk mereka bergerak ke sana ke mari dengan mudah la," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, melalui laman sosial Facebook (FB), ada individu dikesan masih memuat naik gambar iklan kereta Proton Persona yang kini sudah menjadi milik Mohd Azlan itu untuk 'dijual' melalui kedai kereta terpakai itu, semalam.

Bagaimanapun, berdasarkan komen warga net dalam laman sosial itu memaklumkan iklan berkaitan kereta Proton Persona itu dibuat kira-kira sebulan lalu berdasarkan tarikh iklan berkenaan sebelum ia diserahkan kepada Mohd Azlan minggu lalu.

Sementara itu, Mohd Azlan bersyukur dengan penerimaan orang ramai terhadapnya termasuk kawan-kawan dan keluarga walaupun apa yang berlaku.

Katanya, dia rasa bagaikan mimpi kerana tidak putus dikunjungi orang ramai meskipun banyak tanggapan negatif dilontarkan padanya.

"Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan saya akan menjaga Norhidayu dengan baik serta anak kami, Mohd Aariz Zafran selain empat anak hasil perkahwinan Norhidayu terdahulu," katanya.

Sementara itu, ibu mentuanya, Che Ma Sebawai, 59, berkata, anaknya, Norhidayu sebelum ini hidup dalam keadaan tertekan selepas kisah buruknya ditular di laman sosial sehinggakan sukar untuk lelapkan mata dan makan.

Katanya, sebagai ibu dia memujuk anaknya supaya bersabar dan tidak mengambil kisah apa dicakapkan orang ramai terhadapnya sebelum ini.

"Saya bersyukur apabila akhirnya mereka disatukan kerana sebelum ini saya pun tertekan kerana apabila keluar rumah, ada yang sanggup ambil gambar saya curi-curi dan tidak tahu apa tujuan mereka," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pasangan yang tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menaiki motosikal sambil memakai alat pernafasan selamat dinikahkan, semalam.

Kepayahan hidup mereka membawa anak menghidap paru-paru kronik itu turut mendapat simpati daripada warganet dan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hadiah-perkahwinan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038726 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list