CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7547|Reply: 0

De Roon terlepas aksi Euro

[Copy link]
Post time 28-5-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode

DE Roon tidak dapat membantu skuad Belanda. FOTO Reuters

Amsterdam: Pemain tengah, Marten de Roon diketepikan daripada saingan Euro selepas mengalami kecederaan ketika bermain untuk Atalanta pada perlawanan akhir Piala Itali, kata persatuan bola sepak Belanda dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan otot yang tidak didedahkan dua minggu lalu dalam perlawanan akhir, yang mana kelabnya tewas 0-1 kepada Juventus, dan tidak akan cergas sehingga kejohanan bermula di Jerman.

Dia juga terlepas perlawanan akhir Liga Europa di Dublin, yang dimenangi Atalanta 3-0 ke atas juara Jerman, Bayer Leverkusen.

"Saya tidak dapat bayangkan saya mempunyai tempoh seminggu dalam kerjaya saya, atau dalam hidup saya, yang mengalami banyak pasang surut. Kalah Coppa Italia, tidak dapat bermain final, menang Liga Europa," De Roon menyiarkan di media sosial pada hari Isnin.


"Dalam keadaan euforia terakhir itu, saya menghabiskan banyak masa dengan kakitangan perubatan: ternyata saya tidak boleh bermain Euro.

"Saya akan mengatasinya, saya akan menonton skuad dan rakan saya sebagai peminat, tetapi buat masa ini ia adalah hari yang sangat sukar."

De Roon 42 kali beraksi untuk Belanda, beraksi dalam Euro edisi terdahulu dan Piala Dunia di Qatar.

Jurulatih Belanda, Ronald Koeman akan mengumumkan pemilihan terakhir Euro 2024 minggu ini.

Selepas penarikan diri De Roon, prapemilihan terdiri daripada 29 pemain, dengan tiga lagi akan disingkirkan daripada skuad akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -terlepas-aksi-euro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.364786 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list