CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5422|Reply: 0

Martin tutup mulut pengkritik, bawa Southampton kembali ke EPL

[Copy link]
Post time 27-5-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode

RUSSELL puas bawa Southampton kembali ke EPL. FOTO Reuters

London: Pengurus Southampton Russell Martin mengakui beliau berbangga untuk menepis tanggapan negatif semasa pelantikannya dengan membawa kelab berkenaan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jaringan klinikal separuh masa pertama Adam Armstrong mengesahkan kemenangan 1-0 menentang Leeds dalam perlawanan akhir playoff Liga Kejuaraan di Wembley.

Kembalinya The Saints ke EPL selepas satu tahun di divisyen dua berikutan penyingkiran musim lalu adalah sesuatu yang penting dalam karier Martin.

Pada musim pertamanya di St Mary, beliau menghidupkan semula pasukan yang hancur sebelum ini selepas menduduki tangga tercorot EPL 12 bulan lalu.


Kembali semula ke EPL akan menutup mulut pengkritik yang ragu-ragu mempersoalkan sama ada pengurus yang membawa Swansea ke kedudukan pertengahan Liga Kejuaraan pada 2023 adalah orang yang tepat untuk tugas itu.

Hanya tiga tahun yang lalu, bekas pemain pertahanan Scotland dan Norwich, menguruskan Milton Keynes Dons di divisyen ketiga, tetapi kini beliau boleh berharap untuk bertanding dengan Pep Guardiola, Mikel Arteta dan lain-lain.

Pengurs berusia 38 tahun itu memberi penghormatan kepada pemilik dan bekas pengarah bola sepak Southampton, Jason Wilcox, yang membawanya ke kelab itu tetapi meninggalkan pasukan untuk menyertai Manchester United bulan lalu.

"Saya hanya rasa berterima kasih kepada pemilik kerana memberi saya peluang pada mulanya, untuk Jason. Saya berasa sangat bangga dengan apa yang kami capai," kata Martin.

"Saya rasa ia bukan pelantikan istimewa untuk Southampton, saya datang, tetapi mereka cukup berani untuk memberi saya peluang dan berharap kami membalasnya dengan hari yang mereka akan ingat selama-lamanya.

"Ia memberikan salah satu hari terbaik dalam kerjaya saya, jadi saya hanya rasa terima kasih dan sayang orang yang saya bekerja sepanjang tahun."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pton-kembali-ke-epl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.041159 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list