CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4479|Reply: 1

[Perlis] 'Ingat boleh jaga abang lama lagi'

[Copy link]
Post time 27-5-2024 01:52 PM | Show all posts |Read mode
'Ingat boleh jaga abang lama lagi'


Redzuan Muharam
[email protected]



MAHAZIR meninggal dunia di Hospital Jitra pada usia 59 tahun.





Arau: Meskipun pernah berjanji melayari bahtera rumah tangga bersama, Siti Solehah Ramli tidak dapat melawan takdir apabila hanya sempat bergelar isteri selama 20 hari sebelum suaminya, Mahazir Mat dijemput Ilahi pada 17 Mei lalu.

Siti Solehah, 33, dari Kampung Lalang, Ulu Pauh di sini berkata, suaminya meninggal dunia di Hospital Jitra, Kedah pada usia 59 tahun akibat paru-paru berair.

Menurutnya, hatinya berat menerima kenyataan itu kerana belum sampai sebulan mereka hidup bersama namun perlu akur dengan ketentuanNya.

"Saya dapat tahu abang (nama panggilan suami) ada masalah paru-paru berair dua hari sebelum bernikah dan menerima keadaan itu kerana sudah sayang.



MAHAZIR dan Siti Solehah berkenalan di FB pada 21 Januari lalu.

"Tak mungkin nak batalkan perkahwinan kami hanya disebabkan itu. Lagipun, saya ada pengalaman jaga orang sakit dan warga emas di pusat jagaan, jadi yakin mampu hidup dengan abang cuma dia pergi terlalu cepat.

"Saya ingat boleh jaga abang lama lagi, tapi Allah SWT lebih sayangkannya…ikutkan saya sudah reda, cuma masih rindu dan sebab itu, saya pilih untuk menjalani edah di rumah emak di sini supaya tak terlalu bersedih," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengimbas saat pertemuan mereka, Siti Solehah berkata, dia mengenali suaminya menerusi Facebook (FB) pada 21 Januari lalu dan niat asal untuk memohon kerja dengan lelaki itu yang juga pemilik salon.

Bagaimanapun, katanya, jodoh menyatukan miereka selepas suaminya menyatakan hasrat memperisterikannya bagi menghalalkan hubungan.

"Abang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah di Kedah dan pada masa menjalankan perniagaan salon.

"Kebetulan saya minta kerja di salun miliknya, jadi daripada situ kenal dan sebulan selepas itu, abang ajak kahwin supaya kami dapat duduk bersama dan saya tak perlu lagi untuk berulang-alik dari Perlis ke tempat kerja di Kedah.

"Ikutkan, saya pernah dua kali berkahwin sebelum ini dan memiliki tiga anak, namun kecundang di pertengahan jalan dan memang ada berkenalan dengan lelaki lain sebelum ini, namun kebanyakannya hanya nak ambil kesempatan," katanya.

Menurutnya, sifat arwah suaminya pula amat berbeza kerana berani mengajaknya berkahwin sekali gus dilihat mempunyai kesungguhan.

Katanya, suaminya juga pandai mengambil hati keluarganya lalu membuatkan dia tertarik dengannya.



MAHAZIR dan Siti Solehah berkenalan di FB pada 21 Januari lalu.

"Anak abang hasil perkahwinannya yang terdahulu pun terima saya walaupun awalnya mereka tak berapa yakin saya mampu menjaga bapa mereka," katanya yang diijabkabulkan dengan suaminya pada 27 April lalu.

Jauh di sudut hati, Siti Solehah mengakui sedih apabila mengenangkan ada hajat suaminya tidak kesampaian.

"Malam terakhir sebelum abang pergi, dia beritahu yang dirinya bahagia dengan saya.

"Sebelum itu, abang ada beritahu hajatnya nak bawa saya pergi untuk menunaikan umrah pada Januari tahun depan dan dia pun sudah belikan tiket penerbangan kami ke Sabah pada 26 Jun depan.

"Abang rancang nak bawa saya berjalan ke Kundasang untuk bulan madu selama dua minggu, tapi tak kesampaian. Kini, dia sudah pun 'berbulan madu' di sana, di tempat lebih baik," katanya.

Ditanya hala tujunya, Siti Solehah yang juga mencari rezeki sebagai jurusolek pengantin merancang menguruskan salon iaitu perniagaan yang ditinggalkan suaminya.

"Abang pernah beritahu harapannya untuk saya majukan salon itu, jadi saya akan cuba usahakan.

"Bab jodoh, saya tak berani cakap akan kahwin lagi atau tidak, cuma abang cinta sejati saya dan dapat rasa kebahagiaan dengannya selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

"Abang pun kata saya cinta sejatinya, jadi saya serahkan apa yang berlaku pada masa depan kepada Allah SWT," katanya.



Disiarkan pada: Mei 27, 2024 @ 12:01pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 02:45 PM | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.058485 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list