CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5697|Reply: 0

Nidzam dedah faktor belasah Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 27-5-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Selangor FC, Ronnie Fernandez (kanan) dan Noor Al-Rawabdeh meraikan gol dalam saingan Liga Super di antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Bola Sepak Petaling Jaya. - Bernama

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil mendedahkan beberapa faktor yang menjadi 'kunci' pasukannya berjaya meraih kemenangan besar 4-0 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Pengendali berusia 44 tahun itu menjelaskan faktor berkenaan merangkumi persiapan taktikal, nasib dan karakter serta usaha keras pemain terutama di babak kedua hingga boleh menjaringkan empat gol di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Mengakui amat gembira dengan apa yang dipamerkan pemainnya sepanjang 90 minit, dia berkata kehadiran lebih 10,000 penyokong turut menjadi antara penyumbang kepada kemenangan Gergasi Merah.

"Apabila kita melakukan persiapan yang bagus dan disusuli dengan usaha keras pemain, faktor nasib akan dekat dengan kita untuk dapatkan keputusan yang baik.



"Saya suka apa yang Yohandry Orozco tawarkan kepada kita malam ini, dia pemain berpengalaman jadi tiada isu mengenai masalah prestasi. Saya gembira dengan Ronnie (Fernandez) yang mana dia melakukan tugas dengan baik walaupun ketika bersama bola atau tanpa bola dan dia meledak satu gol.


Pemain Selangor FC Muhammad Mukhairi (kiri) melakukan rembatan dalam saingan Liga Super di antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Bola Sepak Petaling Jaya. - Bernama

"Pemain seperti Mukahiri Ajmal (Mahadi) dan Nooa (Laine), mereka bermain dengan bagus. Sudah pasti sentiasa ada ruang untuk tingkatkan lagi permainan.

"Afro (Sharul Nazeem Zulpakar) bermain sebelah kanan dan selepas itu di bahagian kiri, sangat mencabar bagi pertahanan tengah untuk beraksi di dua bahagian itu. Jadi, saya bangga dengan apa yang dia tunjukkan sepanjang dua perlawanan ini," katanya selepas perlawanan.



Pemain Selangor FC Sharul Nazeem Zulpakar (kiri) diasak oleh pemain Negeri Sembilan FC Jacque Faye dalam saingan Liga Super di antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Bola Sepak Petaling Jaya. - Bernama

Kemenangan itu menyaksikan Selangor naik ke tangga keempat Liga Super dengan mengumpul enam mata, tiga mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, Azzmi Ab Aziz menyifatkan kesilapan individu dan terlalu memberi banyak ruang kepada Selangor terutama di bahagian tengah sebagai punca pasukannya tewas.

"Sangat mengecewakan terutama babak kedua. Kami tidak ikut perancangan, memberi banyak ruang kepada mereka (pemain Selangor) bermain di bahagian tengah.

"Kita main formasi yang berbeza, bukan macam kita main di Stadium Sultan Ibrahim (menentang JDT), tapi saya rasa sistem tiada isu. Sebenarnya lebih kepada kesilapan individu," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... sah-negeri-sembilan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.033423 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list