CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5491|Reply: 0

Man United jumpa wakil Pochettino, Frank

[Copy link]
Post time 27-5-2024 12:10 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag menebus kehampaan saingan Liga Perdana Inggeris dengan menjuarai Piala FA musim ini. - Foto AFP

MANCHESTER: Pengurusan Manchester United dikatakan berbincang dengan wakil Mauricio Pochettino dan Thomas Frank dalam usaha kelab menentukan masa depan Erik ten Hag selepas musim 2023-24.

Tekanan semakin memuncak ke atas pengendali dari Belanda itu, dengan United menamatkan kempen di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris - penamat terburuk sejak musim 1989-90.

Bagaimanapun Ten Hag menebus kehampaan peminat United dengan menewaskan juara liga empat kali berturut-turut, Manchester City pada final Piala FA, sekali gus menempah tempat ke Liga Europa musim depan.

Kemenangan itu sudah pasti akan mempengaruhi keputusan bakal diambil pengurusan United, walaupun laporan media sebelumnya mengatakan pemilik baharu, Jim Ratcliffe tetap akan memecat Ten Hag walaupun menjuarai Piala FA.



Menurut media British, pengurusan United sedang berunding dengan wakil-wakil Pochettino dan Frank dan kedudukan Ten Hag ibarat telur di hujung tanduk.



Mauricio Pochettino meninggalkan Chelsea hanya selepas semusim membimbing kelab itu. - Foto AGENSI



Pengendali Brentford, Thomas Frank antara calon pengendali Manchester United. - Foto AGENSI

Bos-bos kelab turut mengadakan perbincangan dengan ejen Kieran McKenna - bos Ipswich yang mungkin akan kembali ke Old Trafford.

Pochettino sebelum ini pernah dikaitkan dengan United selepas Ralf Rangnick dipecat, tetapi kelab memilih untuk melantik Ten Hag pada tahun 2022.

Frank pula dijangka akan meninggalkan Brentford, dengan Liverpool antara kelab yang berminat mendapatkan khidmat pengendali dari Denmark itu bagi menggantikan Jurgen Klopp.

Frank turut menarik minat kelab-kelab Eropah dan antara calon menggantikan kekosongan ditinggalkan Pochettino di Stamford Bridge.

Ratcliffe dan INEOS dilaporkan akan menilai semula prestasi Ten Hag bagi melihat kesesuaiannya untuk terus membimbing United.

Di sebalik spekulasi dan tekanan ke atasnya, Ten Hag dengan tegas menyatakan komitmennya untuk terus membangunkan skuad United.

"Saya tidak tahu. Satu-satunya perkara yang saya buat ialah mempersiapkan pasukan ini, dan membangunkannya.

"Memajukan pasukan ini dan pemain-pemain secara individu. Ini adalah satu projek bagi saya. Ketika tiba, saya boleh katakan ia kucar-kacir. Sekarang lebih baik.

"Kami berada tidak jauh daripada sasaran," kata Ten Hag ketika ditanya berkenaan masa depannya di Old Trafford. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... il-pochettino-frank
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.450108 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list