CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2769|Reply: 0

[Kedah] KPDN rampas 15,800 liter diesel di Jitra, Kuala Kedah

[Copy link]
Post time 23-5-2024 08:51 PM | Show all posts |Read mode
KPDN rampas 15,800 liter diesel di Jitra, Kuala Kedah


23 Mei 2024 07:59pm








Gambar hiasan




JITRA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 15,800 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM33,970 yang disyaki cuba diseleweng dalam dua serbuan di Jitra dan Kuala Kedah semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, dalam serbuan pertama di sebuah stesen minyak di Jalan Kuari Muda di sini, pihaknya menemukan 6,000 liter minyak diesel dianggar bernilai RM12,900 yang disimpan dalam dua tangki fiber dalam sebuah lori treler.



Beliau berkata, pihaknya menahan pemilik stesen minyak berusia 74 tahun untuk siasatan lanjut manakala pemandu lori berkenaan dipercayai telah melarikan diri.

Menurutnya, serbuan kedua dilakukan Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah stor di Kuala Kedah pula menemukan 9,800 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM21,070.



"KPDN menerima serahan kes dari PGA dalam operasi itu melibatkan minyak diesel, empat lori beserta tangki dan peralatan yang digunakan untuk memindahkan bahan api berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Nizam berkata, lapan lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 20 hingga 60 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada minyak diesel yang cuba diseleweng itu akan dijual untuk kegunaan industri atau diseludup ke negara jiran.

Menurutnya nilai rampasan termasuk kenderaan serta peralatan yang disita bagi kedua-dua serbuan itu berjumlah RM149,020. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.048246 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list