CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6265|Reply: 0

Pearly-Thinaah impikan kejuaraan Masters Malaysia

[Copy link]
Post time 23-5-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 23-5-2024 05:38 PM


     
    
    


AKSI beregu wanita, Pearly Tan dan M Thinaah ketika menetang regu India, Simran Singhi dan Ritika Thaker pada Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil. FOTO ASYRAF HAMZAH





Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berada di landasan terbaik untuk merealisasikan impian meraih sekurang-kurangnya satu gelaran sebelum Sukan Olimpik Paris 2024.

Ini kerana mereka berjaya melepasi halangan pertama di Masters Malaysia selepas memenangi aksi pusingan kedua Masters Malaysia hari ini.
Mereka yang menduduki ranking ke-13 dunia, mengatasi gandingan India, Simran Singhi-Ritika Thaker 21-17, 21-11 dan bertekad untuk menebus kekecewaan tahun lalu tumpas di perlawanan akhir kejohanan sama.

Menurut Pearly, seperti pasangan lain, sudah pastinya mereka turut berharap dapat merangkul kejuaraan sebagai suntikan semangat dalam persiapan menghadapi Olimpik Paris yang dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.


"Sudah tentu semua orang mahukan gelaran juara, kami pun mengharapkan perkara yang sama," katanya yang sudah mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 bersama Thinaah.

Ujarnya, mereka mahu lebih fokus menghadapi peringkat demi peringkat selain pada masa sama meningkatkan permainan serta bebas daripada sebarang kecederaan.

Sementara itu, Thinaah, berkata meskipun Masters Malaysia dianggap peluang terbaik untuk merangkul gelaran pertama mereka selepas ketiadaan pasangan utama dunia, namun mereka tetap berwaspada dengan ancaman gandingan lain yang beraksi pada edisi kali ini.

"Pemain yang bermain dalam kejohanan ini bukan lawan yang mudah, mereka semua berpengalaman dan pemain yang baik. Kami akan cuba menampilkan persembahan terbaik," katanya.

Selepas saingan Masters Malaysia, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 dijadual beraksi di Terbuka Singapura dari 28 Mei hingga 2 Jun dan Terbuka Indonesia (4 hingga 9 Jun).

Menanti Pearly-Thinaah di suku akhir adalah beregu Australia, Setyana Mapasa-Angela Yu yang mara selepas menundukkan satu lagi pasangan wanita negara, Go Pei Kee-Low Yeen Yuan 21-8, 21-11.

Sementara itu, perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dan perseorangan wanita, Goh Jin Wei terpaksa akur apabila tersingkir di pusingan kedua selepas tewas di tangan lawan masing-masing.

Jun Hao tunduk di tangan pilihan ketiga dari China, Li Shi Feng 15-21, 16-21 manakala Jin Wei tewas kepada pemain Thailand, Busanan Ongbamrungphan 10-21, 14-21.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-masters-malaysia




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197246 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.436668 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list