CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9005|Reply: 0

Guardiola dinobatkan Pengurus Terbaik EPL

[Copy link]
Post time 22-5-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Guardiola dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Liga Perdana buat kali kelima. -FOTO

London: Pep Guardiola dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Liga Perdana selepas membimbing Manchester City merangkul kejuaraan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Jurulatih Sepanyol itu sebelum ini sudahpun empat kali memenangi anugerah itu sejak dia menyertai kelab itu pada 2016.

Sepanjang tempoh itu dia berjaya merangkul enam kejuaraan liga dan dia kini menjadi jurulatih kedua paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris.

"Anugerah ini mencerminkan kerja keras dan kecemerlangan semua orang di dalam kelab dan semua jabatan," kata Guardiola.


"Saya sangat bangga menjadi pengurus kelab ini dan bekerja bersama jurulatih dan kakitangan sokongan yang cemerlang setiap hari.

"Memenangi empat gelaran berturut-turut adalah salah satu kejayaan paling membanggakan dalam kerjaya saya. Ini adalah liga yang paling sukar di dunia dan pesaing kami bermain bola sepak dengan sangat luar biasa."

Guardiola menewaskan pesaing terdekatnya Mikel Arteta dari Arsenal, Unai Emery (Aston Villa), Andoni Iraola (Bournemouth) dan Juergen Klopp (Liverpool).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... engurus-terbaik-epl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.031488 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list