Dah beberapa kali iols tengok movie ni. Sangat Menarik dan memberi pengajaran yangsangat banyak. Amaran: Seeloknya ada pengawasan ibu bapa bagi kanak2 yang berumurbawah 12 tahun.
Basically cerita ni mengisahkan dua pasangan remaja yang dah terlanjur. Dalam movie ni diorg ceritakan perasaan and tindakan pasangan ni lepas dapat tau yang si perempuan mengandung hasil dari hubungan luar nikah tu.
Pengajaran dari cerita ni, menjadi ibu bapa ni bukan mudah, bak kata mak Dara“Aku saja gagal menjadi ibu, apa lagi kamu” menusuk jiwa sangat. Pengajaranseterusnya, untuk orang islam, belajarlah agama sehingga kamu tahu kenapa islammelarang pergaulan bebas antara lelaki dan Perempuan.
Bagi akuyang menarik pasal movie ni sebab dia banyak pengajaran dan movie ni betul2menunjukkan realiti sebenar hidup. Cerita ni tak ada plot2 yang pelik/mengarut.Sangat sesuai untuk remaja yang tengah baru nak mengenal dunia.
Rating: 4.8/5 sebab cerita dia mcm habis begitu saja.. Tapi dorg dah keluarkan Dua Garis Biru season 2, iaitu Dua Hati Biru. Mungkin dalam dua hati biru dorg sambung balik cerita yang agak meng curious kan penonton ni.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register