CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5648|Reply: 0

[Kelantan] Penerbangan antarabangsa boleh dibuat di LTSIP

[Copy link]
Post time 13-5-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Kementerian Pengangkutan mengalu-alukan syarikat penerbangan untuk membuat penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, ia berikutan kemudahan di LTSIP sudah tersedia susulan projek pembesaran dan naik taraf fasa satu sudah siap.

Katanya, mana-mana syarikat penerbangan yang mahu membuat laluan baru termasuk ke Thailand dan Singapura, mereka perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

"Sekarang ini LTSIP bukan berstatus lapangan terbang antarabangsa dan laluannya adalah domestik. Namun ia tidak menjadi masalah untuk mana-mana syarikat membuat penerbangan antarabangsa memandangkan kemudahan sudah tersedia.


"Contoh dari Kota Bharu ke Singapura atau Kota Bharu ke Bangkok, Thailand. Itu tidak menjadi masalah walaupun bukan berstatus lapangan terbang antarabangsa.

"Kita di peringkat kementerian sangat mengalu-alukan sekiranya mana-mana syarikat penerbangan mahu membuat laluan baru," katanya pada sidang media selepas merasmikan fasa satu projek pembesaran dan menaiktaraf LTSIP, di sini, hari ini.


TERMINAL baharu susulan projek pembesaran dan naik taraf fasa satu sudah siap di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Katanya, LTSIP adalah lapangan terbang domestik yang tersibuk di Semenanjung dengan mencatatkan 1.58 juta penumpang setahun iaitu melebihi kapasiti asal.

"Justeru, Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM440 juta untuk melaksanakan projek menaiktaraf LTSIP dengan terbahagi kepada dua fasa.

"Fasa kedua sudah dimulakan dan dijangka siap Januari 2025 dan kita menjangkakan tidak berdepan masalah untuk menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual," katanya.

Pada masa sama, Loke berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berhubung cadangan pemanjangan landasan daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter.

Katanya, pengumuman berhubung perkara itu akan dimaklumkan selepas perbincangan dibuat petang ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... leh-dibuat-di-ltsip

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.043346 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list