CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4121|Reply: 0

City hampiri kejuaraan, Burnley turun pangkat

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode

FODEN meraikan jaringan kedua City yang disumbangkannya. FOTO AFP

London: Manchester City memberi persembahan meyakinkan dalam usaha untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kali keempat berturut-turut, yang tidak pernah berlaku sebelum ini membabitkan mana-mana pasukan.

Mereka berjaya menumpaskan Fulham 4-0 dan melonjakkan mereka dua mata di depan Arsenal untuk berada di puncak liga tatkala saingan hanya berbaki seminggu sahaja lagi.

Burnley pula tersingkir dalam saingan EPL selepas kekalahan 1-2 di tangan Tottenham Hotspur, manakala Luton Town berada di ambang penyingkiran selepas kekalahan 1-3 kepada West Ham United.

Chelsea yang kembali bangkit meningkatkan harapan beraksi di saingan Eropah mencatat kemenangan 3-2 ke atas Nottingham Forest bagi membolehkan mereka berkongsi kedudukan dengan pasukan tangga keenam Newcastle United yang seri 1-1 dengan Brighton and Hove Albion.


Kekalahan yang dialami Forest bermakna mereka masih boleh menamatkan secara matematik di bawah Luton walaupun menuju ke hari terakhir dengan kelebihan tiga mata lebih baik dan perbezaan gol yang besar.

Josko Gvardiol menjaringkan dua gol sambil dibantu jaringan Phil Foden dan Julian Alvarez bagi membolehkan City memenangi perlawanan liga ketujuh berturut-turut untuk merampas tangga teratas dengan baki dua perlawanan lagi.

Anak buah Pep Guardiola mengumpul 85 mata daripada 36 perlawanan, dengan Arsenal 83.

Arsenal boleh kembali menduduki tempat teratas dengan menewaskan Manchester United hari ini tetapi sekiranya mereka gagal berbuat demikian, City boleh memenangi kejuaraan dengan kemenangan di Tottenham pada hari Rabu

"Mereka adalah pemain yang hebat menikmati permainan walaupun tekanan yang hebat," kata Guardiola.

"Pemain-pemain ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini dapat melakukannya dan kami sekali lagi berada di peringkat akhir.

"Impian kami adalah, seperti yang kami katakan beberapa minggu lalu apabila mereka (Arsenal) menentang Aston Villa, apabila tiba perlawanan terakhir dengan ia berada di tangan kami, bertemu West Ham di laman sendiri (musim akhir pada 19 Mei) semuanya bakal memihak kepada kami."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rnley-turun-pangkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.059107 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list