CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3398|Reply: 0

[Tempatan] Semakan terakhir kadar cukai pintu 4 dekad lalu - Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

[Copy link]
Post time 9-5-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Semakan terakhir kadar cukai pintu 4 dekad lalu - MPKj

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-4-dekad-lalu-mpkj

Mahaizura Abd Malik
mahaizura@mediaprima.com.my

Disiarkan pada: Mei 9, 2024 @ 2:46pm


ANTARA pemilik kediaman di sesetengah kawasan di Selangor kecewa menerima notis cukai pintu yang naik mendadak.

Kuala Lumpur: Kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus kadar cukai pintu di sesetengah lokasi di Selangor mulai 2025, dilihat wajar selepas ada kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya membuat semakan terakhir hampir empat dekad lalu.

Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata, kali terakhir pihaknya membuat semakan kadar Senarai Nilaian Baharu pada 1985 sebelum mewartakan Semakan Senarai Nilaian Baharu pada 3 Mac 2022.

"MPKj menimbang semula segala bantahan, pandangan, cadangan dan maklum balas daripada pemilik harta dan mengemaskini Senarai Nilaian itu dengan memberikan pengurangan 10 hingga 20 peratus ke atas Nilai Tahunan.

"Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 29/2023 bertarikh 8 November 2023 memutuskan bersetuju mengesahkan Senarai Nilaian Baharu MPKj yang dikuatkuasakan 1 Januari 2024," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kadar kenaikan cukai yang akan dikenakan terhadap pemilik hartanah di Selangor mulai Januari 2025.

Kamarul Izlan berkata, kenaikan Cukai Taksiran 2024 tidak membebankan kerana pihak berkuasa negeri menetapkan kenaikan secara berperingkat iaitu 50 peratus pada tahun 2024 dan kenaikan penuh pada 2025.

"Sebagai contoh, rumah teres dua tingkat di kawasan Taman Kajang Mulia, Cukai Taksiran sebelum kenaikan adalah RM211.20 dan Cukai Taksiran 2024 adalah RM237.60 dan Cukai Taksiran 2025 ialah RM264.00 (kenaikan 25 peratus).

"Bagaimanapun, bagi harta Rizab Melayu seperti rumah teres dua tingkat di kawasan Taman Casa Lagenda, Hulu Langat, Cukai Taksiran sebelum kenaikan adalah RM105.60 dan Cukai Taksiran baru 2025 adalah RM259.20 (kenaikan 145 peratus) dengan Cukai Taksiran 2024 adalah RM182.40.

"Kenaikan ini agak tinggi kerana pihak MPKj membuat pelarasan kadar ke atas harta Rizab Melayu demi penyeragaman cukai dengan harta bukan Rizab Melayu supaya lebih adil," katanya.

Katanya, secara puratanya, kenaikan Cukai Taksiran antara 20 hingga 30 peratus sahaja daripada Cukai Taksiran sebelumnya tertakluk kepada bangunan yang tidak mempunyai tambahan (renovation) dan harta Rizab Melayu," katanya.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkata, pengeluaran Notis Senarai Nilaian Baharu kepada 181,144 pemilik pegangan harta dalam kawasan pentadbiran MPAJ mulai 18 April lalu bertujuan sebagai makluman awal cadangan cukai taksiran yang perlu dibayar berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

Bagaimanapun katanya, permohonan bantahan boleh dikemukakan pemilik sehingga 31 Mei ini sebelum sesi pendengaran bantahan dan Senarai Nilaian Baharu itu dibentangkan dan dilaporkan semula bagi pengesahan kerajaan negeri untuk dikuatkuasakan.

"Notis yang diserahkan adalah pemakluman awal tentang cukai yang perlu dibayar pada tahun 2025 kerana bil sebenar yang perlu dibayar akan diserahkan kepada pemegang harta mulai November 2024.

"Mengambil contoh kenaikan yang dinyatakan iaitu cukai dinaikkan daripada RM191.40 setahun kepada RM429 setahun jelas menunjukkan kenaikan yang dialami pegangan harta itu sebanyak 224 peratus, namun pemilik seharusnya memberikan perhatian kepada ruangan 'Cukai Perlu Dibayar' yang jelas menunjukkan had 'capping' sebanyak 25 peratus iaitu subsidi yang diberikan kerajaan negeri.

"Kenaikan ini dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada tahun 1997 iaitu 27 tahun yang lalu," kata MPAJ dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.

MPAJ berharap pemilik pemilik hartanah yang berada dalam kawasan pentadbiran memahami kepentingan dan keperluan penyediaan Senarai Nilaian Baharu.

"Selain untuk memenuhi keperluan undang-undang ia juga bertujuan memastikan keseimbangan nilai sewa setahun (nilai tahunan) setanding dan relevan dengan nilai sewa pasaran semasa pegangan harta masing-masing.

"Mana-mana pihak yang terkilan dan ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh ke kaunter khas yang dibuka di Menara MPAJ bermula 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja, malah kami turut menyediakan info berkaitan dalam bentuk soalan lazim, infografik, video dan taklimat bagi menerangkan tujuan dan kepentingan Senarai Nilaian Baru demi memudahkan pemahaman setiap pemilik pegangan harta," katanya.

Semalam akhbar ini melaporkan, segelintir penduduk di Selangor mengeluh menerima notis kenaikan cukai pintu lebih 50 peratus.

Dakwa mereka, notis berkenaan diterima pada saat akhir permohonan bantahan dikemukakan dijangka tamat esok.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060400 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list