CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2778|Reply: 0

Bekas pemain mahu Ten Hag dipecat

[Copy link]
Post time 8-5-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode

Masa depan Erik ten Hag sebagai pengendali Manchester United semakin kelam. - Foto AFP

MANCHESTER: Manchester United perlu memecat Erik ten Hag dan meletakkan Steve McClaren sebagai pengendali sementara bagi baki saingan musim ini.

Itu gesaan bekas pemain United, Paul Scholes dan Michael Owen selepas menyaksikan kekalahan 4-0 bekas pasukannya di tangan Crystal Palace.

Masa depan Ten Hag di Old Trafford semakin pudar selepas musim mengecewakan kali ini, dengan Red Devils berada di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris dan berdepan Manchester City pada final Piala FA.

Menurut Scholes, kekalahan di Selhurst Park pada Isnin ibarat paku terakhir di atas keranda buat Ten Hag.


"Malam ini terasa seperti paku terakhir di atas keranda. Berdepan pasukan seperti Crystal Palace, sebuah pasukan yang bagus dan beraksi baik musim ini, tetapi Manchester United tidak sepatutnya tewas 4-0.

"Sebelum ini saya rasa dia mungkin diberi peluang setahun lagi oleh pengurusan baharu kelab, tetapi kini saya rasa ia tidak akan berlaku," kata Scholes.

Selain final menentang Man City, United akan berdepan Arsenal dan Newcastle di Old Trafford sebelum bertandang ke Brighton untuk aksi terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini.

Scholes mengakui dia tidak nampak United akan menang baki tiga perlawanan liga, manakala Owen berkata mereka akan dibenam City, menjadi mangsa Arsenal dan bergelut untuk melepasi Newcastle atau Brighton.

Owen mahukan perubahan drastik dan bersetuju dengan cadangan Scholes untuk meletakkan McClaren, bekas pengendali England yang kini menjadi penolong jurulatih di Old Trafford, untuk mengambil alih sementara pasukan sehingga akhir musim.

Scholes sebelum ini pernah bermain di bawah McClaren di United ketika dia menjadi penolong Alex Ferguson, manakala Owen bersamanya ketika bermain untuk England.

United kini hanya merakam satu kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir liga - menewaskan pasukan yang sudah tersingkir, Sheffield United.

United berpeluang ke kejohanan Eropah musim depan sekiranya kembali berada dalam kelompok tujuh terbaik, atau menjuarai Piala FA. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ahu-ten-hag-dipecat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037674 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list