CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2504|Reply: 0

UCL: Bayern hilang khidmat Guerreiro

[Copy link]
Post time 8-5-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode

GUERREIRO (tengah) berkemungkinan besar terlepas aksi penting di Santiago Bernabeu awal pagi esok. – AFP

MUNICH – Pemain tengah Ba­yern Munich, Raphael Guerreiro difahamkan tidak dapat beraksi pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu awal pagi esok akibat kecederaan buku lali.

Perkembangan terbaharu itu dikongsi The Bavarians menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, namun mereka tidak pasti jangkaan masa pemain antarabangsa Portugal berkenaan akan kembali ­beraksi.

“Bayern akan kehilangan Raphael Guerreiro untuk beberapa perlawanan yang akan datang. Bagaimanapun, kami belum pasti tarikh sebenar dia akan kembali menjalani latihan,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Guerreiro dike­luarkan daripada permainan selepas hanya 17 minit beraksi akibat kecederaan yang dialami selepas cuba menghalang sepakan lawan ketika tewas 1-3 kepada Stuttgart Sabtu lalu.

Ketika ini, Bayern memiliki baki dua perlawanan Bundesliga selain berdepan Real Madrid pada separuh akhir Liga Juara-Juara dengan kemung­kinan melayakkan diri ke pentas final di Wembley.

Atas kemampuannya yang boleh bermain di beberapa posisi, ketiadaan Guerreiro pastinya memberikan kesan cukup besar kepada pa­sukan untuk meneruskan kemaraan dalam Liga Juara-Juara.

Dalam pada itu, Bayern juga terpaksa merehatkan Eric Dier selepas pemain pertahanan itu mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika bertemu Stuttgart.

Bagaimanapun, Bayern masih boleh menarik nafas lega apabila dua tonggak pertahanannya, Matthijs De Ligt dan Dayot Upamecano kembali menyertai latihan selepas direhatkan pada pertemuan menentang Stuttgart. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -khidmat-guerreiro/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196256 Replies : 4543
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30367 Replies : 182
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054251 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list