CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5433|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perkeso rancang buka pusat dialisis di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 4-5-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong (tengah) menyampaikan bayaran faedah kepada pencarum yang ditimpa musibah ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) MADANI PERKESO di Vision Park, Kepala Batas. FOTO Nur Izzati Mohamad

Kepala Batas: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan membuka sebuah pusat dialisis di negeri ini bagi membantu pencarum yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan secara percuma.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, sejumlah RM2.6 juta akan diperuntukkan oleh Perkeso bagi tujuan berkenaan.

Katanya, pusat dialisis yang boleh menempatkan seramai 144 orang pesakit pada setiap hari itu dijangka dapat dilaksanakan akhir tahun ini.

"Pada ketika ini, Pulau Pinang mempunyai 63 panel pusat dialisis termasuk lima di Kepala Batas dan kita akan buka sebuah lagi pusat dialisis (dikendalikan Perkeso) untuk manfaat pencarum yang mempunyai masalah buah pinggang.


"Kita pasti Perkeso akan memberikan perkhidmatan paling terbaik dan kemudahan yang selesa sepanjang mereka mendapatkan rawatan di pusat dialilis yang disediakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) Madani Perkeso di Vision Park, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Pada majlis berkenaan, Perkeso menyampaikan bayaran faedah kepada 15 pencarum yang ditimpa musibah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM211,236.41 berserta alat pemulihan.

Dalam pada itu, seramai 100 anak yatim dan 40 ibu tunggal turut menerima sumbangan duit raya daripada Perkeso.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sis-di-pulau-pinang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055383 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list