CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7106|Reply: 0

[Perlis] 'Kedudukan kepemimpinan MB Perlis tertakluk kepada pendirian Raja Perlis dan PN Pusat'

[Copy link]
Post time 2-5-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode
'Kedudukan kepemimpinan MB Perlis tertakluk kepada pendirian Raja Perlis dan PN Pusat'


Oleh Aizat Sharif - Mei 2, 2024 @ 3:14pm [email protected]




Gambar fail - Kepemimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri kini teruji berikutan siasatan kes salah guna kuasa yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)





KANGAR: BERSATU Perlis sedia menggalas tanggungjawab memimpin negeri itu, sekiranya wakil parti itu diminta berbuat demikian, rentetan krisis integriti melanda kepimpinan negeri itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah, berkata pihaknya sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan, namun sebarang keputusan kedudukan Menteri Besar Perlis tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan keputusan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) Pusat.

"Buat masa ini, kita masih belum mendapat gambaran sebenar situasi dan kedudukan Menteri Besar sebab beliau pun baru balik daripada Kuala Lumpur jadi mungkin dalam sehari dua ini baharulah kita dapat menilainya.

"Namun, jika apa-apa berlaku sekiranya diminta, kita (BERSATU) juga bersedia, yang penting adalah keputusan Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Raja Perlis) dan pimpinan tertinggi PN Pusat.

"Presiden PN adalah Presiden Bersatu, Timbalan Presiden PN pula adalah PAS, jadi kedua-duanya sama dan sama ada peluang kali ini diberikan kepada BERSATU atau sebaliknya, kita menerima sebarang keputusan PN Pusat, tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kangar di Denai Larian Pangkalan Asam, di sini semalam.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Kangar, Zakrie Hassan; Ahli Parlimen Arau merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan daripada PKR, Gan Ay Ling.

Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi PN Perlis, mengakui isu melanda Perlis sejak kebelakangan ini adalah satu tamparan kepada gabungan itu terutama apabila diuji perkara yang jarang berlaku dalam kepimpinan negeri itu sebelum ini.

"Isu yang melanda Perlis baru-baru ini adalah satu tamparan buat kita (PN) kerana PN Perlis diuji dengan perkara yang dilihat sangat mengejutkan semua pihak jadi yang pentingnya hari ini, kita menyerahkan sepenuhnya permasalahan ini untuk diselesaikan oleh PN Pusat.

"Saya yakin dan percaya, selaku Timbalan Pengerusi PN Perlis, apa juga permasalahan berlaku ini kita serahkan kepada PN Pusat untuk memperbetulkan apa juga perkara yang menimbulkan cetusan rasa dan mengejutkan seluruh negara.

"Apa juga keputusan dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dalam apa jua situasi berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar dan kepemimpinan kerajaan negeri apapun terletak di bawah bidang kuasa perkenan baginda dan kita menerima apa sahaja yang keputusan yang ditetapkan," katanya.

Ditanya sama ada, PN Perlis masih akan terus mengekalkan formula meletakkan wakil PAS sebagai teraju utama kepimpinan Menteri Besar negeri itu selepas ini atau sebaliknya seandainya wujud perubahan dalam kepimpinan kerajaan negeri, Abu Bakar yang juga ADUN Kuala Perlis, berkata situasi pada waktu ini berbeza dengan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Sudah tentu Tuanku Raja Perlis dan kepimpinan negeri akan merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis dan selepas PRU ini lain, hari ini situasi berbeza dan kita tidak menghadapi PRU pun.

"Perkara yang berlaku ini adalah selepas PRU, lebih kurang setahun lima bulan dan tatkala PN mentadbir Perlis berlaku dan seperti saya katakan, kita serah kepada Tuanku dan mungkin ada cadangan lain seandainya kedudukan Menteri Besar ada perubahan," katanya.

Krisis integriti kepemimpinan di Perlis kini diuji selepas Menteri Besar Perlis yang Pengerusi PN Perlis merangkap Pesuruhjaya PAS, Mohd Shukri Ramli, disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa pada Selasa lalu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.162371 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list