View: 6379|Reply: 0
|
Chelsea siasat punca banyak kecederaan - Pochettino
[Copy link]
|
|
Pemain pertahanan berpengalaman dari Brazil, Thiago Silva menjadi pemain terbaharu berada dalam senarai kecederaan Chelsea. – Foto premierleague.com
LONDON: Mauricio Pochettino berkata staf perubatan dan kejurulatihan Chelsea cuba mencari punca kenapa kelab itu terlalu teruk dilanda kecederaan, dengan sekurang-kurangnya 14 pemain tidak boleh diturunkan bagi kunjungan Tottenham awal pagi esok.
Pemain pertahanan Thiago Silva dan Axel Disasi tambahan terbaharu dalam senarai kecederaan sejak mereka seri 2-2 dengan Aston Villa Sabtu lalu, yang mana bos Chelsea itu terpaksa menamakan lima graduan akademi berusia 20 tahun dan ke bawah di bangku simpanan.
Kempen The Blues terjejas dengan masalah pemain tidak dapat diturunkan, termasuk beberapa pemain yang dibeli dengan harga mahal sebagai sebahagian daripada perbelanjaan besar £1 bilion (RM5.97 bilion) dalam tempoh dua tahun terakhir.
Paling ketara ketiadaan Wesley Fofana, yang tidak beraksi sepanjang musim selepas menjalani pembedahan susulan kecederaan ACL dan penyerang Christopher Nkunku, yang hanya tampil dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Romeo Lavia hanya beraksi sekali buat kelab itu manakala Reece James dan Ben Chilwell turut berehat panjang buat kelab yang menghuni kedudukan pertengahan liga.
Mauricio Pochettino mengharapkan ketajaman penyudah Nicolas Jackson bagi membenam Tottenham Hotspur di Stamford Bridge awal pagi esok. – Foto premierleague.com
Minggu lalu disahkan Enzo Fernandez, yang diikat dengan rekod Britain ketika itu £105 juta (RM627 juta) pada Januari 2023, tidak akan beraksi lagi musim ini susulan pembedahan hernia.
"Terlalu banyak keadaan yang berlaku," kata Pochettino menjelang pertembungan Chelsea dengan bekas kelabnya, yang menghuni tangga kelima liga.
"Sukar untuk menjelaskan dalam satu perkataan atau satu ayat. Sudah tentu kami bekerja keras untuk cuba meningkat. Kami mempunyai staf yang mengagumkan – staf perubatan, staf kejurulatihan. Mereka mempunyai pengalaman dalam mengurus kelab dan berada dalam perniagaan ini.
"Apabila sesetengah keadaan itu berlaku, kadang-kadang ia boleh berlaku. Kami perlu dari kini hingga hujung musim, mengumpul segala maklumat dan cuba memperbaikinya musim depan.
"Kami perlu meningkat dari segi komunikasi, dinamik, strategi. Segala-galanya berkaitan dengan pengetahuan kami untuk menambah baik dan menyelaras dengan lebih baik." – AFP
|
|
|
|
|
|
|
| |
|