CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10182|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki baru kahwin 19 hari ketika ditahan kes dadah terlepas tali gantung

[Copy link]
Post time 30-4-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki baru kahwin 19 hari ketika ditahan kes dadah terlepas tali gantung


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



TERTUDUH ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Jenayah, Pulau Pinang, hari ini. FOTO Mikail Ong





Georgetown: Seorang bekas pekerja kontraktor sambilan dihukum penjara tujuh tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan pilihan memiliki ganja seberat 653.38 gram, lima tahun lalu.

Hakim Rofiah Mohamad memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh, M Kummaresan, 30, sejurus selesai meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tambahan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 4.85 gram.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, Kummaresan didakwa memiliki dadah berbahaya jenis ganja seberat 653.38 gram yang ditemui dalam bilik sebuah pangsapuri di Lebuh Sungai Pinang 7, Desa Pinang 2 pada 13 April 2019, kira-kira jam 1.10 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 6(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau satu tempoh minimum lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan tambahan, Kummaresan dituduh memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 4.85 gram pada masa dan lokasi sama dengan pertuduhan pilihan.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000, penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Rofidah memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 April 2019.

Bagi pertuduhan asal, Kummaresan didakwa mengedar dadah berkenaan dan mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang boleh dijatuhkan hukuman mati, jika disabitkan bersalah.

Bagaimanapun, isteri kepada Kummaresan, A Sharnia, 30, yang dituduh secara bersama-sama melakukan kesalahan itu pada masa dan lokasi sama, dilepas dan dibebaskan selepas mahkamah membenarkan representasi memohon pertuduhan terhadapnya ditarik balik.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah SH Sahul Hamid manakala tertuduh diwakili peguam, M Pravin.

Terdahulu, Pravin dalam hujah rayuannya berkata anak guamnya yang baru mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2019, iaitu selama 19 hari ketika dia ditahan sudah insaf selepas menjalani tahanan reman selama lima tahun dan ingin kembali ke pangkuan masyarakat sebagai insan berguna.

Katanya, tertuduh adalah pencari nafkah tunggal dalam keluarga dan bapanya hilang penglihatan sejak jatuh dari bumbung rumah pada 8 Mei 2007, selain turut menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan lumpuh serta mempunyai dua adik yang bersekolah menengah.

"Tertuduh mengaku salah sebaik sahaja ditawarkan pertuduhan pilihan dan ingin mengubah kehidupan gelap bersama isterinya dan saya mohon mahkamah mempertimbangkan hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan.

"Ini cukup memberi pengajaran dan pengalaman menyakitkan untuk dia mengubah dirinya menjadi anak, suami, abang yang berguna kepada keluarga," katanya menambah tertuduh juga tidak sempat menjalani upacara perkahwinan adat susulan kes itu.

Namun, Nurhanisah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan pemenjaraan berat dan berpendapat hukuman serius bukan sahaja bertujuan memberi pengajaran kepada tertuduh malah menegakkan kepentingan awam.



Disiarkan pada: April 30, 2024 @ 4:31pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053241 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list