CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5618|Reply: 0

[Pahang] Dinding buluh terkopak, terpelanting dilibas gajah

[Copy link]
Post time 16-4-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode

SEBUAH rumah Orang Asli terkopak dinding buluh apabila ditolak dan dilibas gajah liar berdekatan Sungai Setiq, Ulu Jelai, Lipis.

LIPIS – Penduduk Orang Asli di Ulu Jelai di sini gempar apabila kawasan rumah mereka pinggir hutan dicerobohi seekor gajah liar berdekatan Sungai Setiq, Ulu Jelai di sini awal pagi ini.

Seorang penduduk Orang Asli, Norfini Ajik, 48, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika semua penghuni sedang nyenyak tidur.

Katanya, dia yang baru hendak memejamkan mata terkejut apabila terdengar bunyi ranting kayu patah dipijak dan dahan serta pokok seperti ditarik dan dipulas.

“Mendengar bunyi yang semakin kuat, saya terus mengintai di celah dinding buluh dalam samar cahaya bulan, dan nyata sangkaan saya tepat dapat melihat seekor gajah liar sedang mematahkan batang pisang dan pokok lain berdekatan rumah.

“Melihat gajah liar berkenaan, saya mula bimbang sekiranya haiwan ini menghampiri rumah kayu dan buluh ini,” katanya di Kampung Setiq, Ulu Jelai di sini hari ini.

Menurut Norfini, kebimbangannya memang berlaku apabila gajah liar itu terus menghampiri rumah lalu menggesel badan sambil melibaskan belalainya sehingga terkopak dinding buluh.


PAGAR zink yang mengepung tanaman dimusnahkan gajah liar di kebun Orang Asli berdekatan Sungai Setiq, Ulu Jelai, Lipis.

“Perbuatan haiwan liar itu menyebabkan kediaman kami bergoyang dan mengejutkan empat orang ahli keluarga daripada tidur dan bergegas bangkit dalam keadaan ketakutan.

“Mujurlah anak-anak yang bangun dan terkejut dari tidur tidak  menjerit atau menyalakan lampu suluh. Sekiranya api dinyalakan atau berbuat bising seperti suara manusia kemungkinan gajah ini bertukar agresif,” katanya.

Tambahnya, selepas hampir 30 minit gajah liar berkeliaran berada berdekatan rumahnya, haiwan itu kemudian terus masuk semula ke dalam hutan.

Sementara itu rakannya dikenali sebagai Norli Mar,30, berkata kejadian gajah liar masuk ke kampung sekitar kawasan Ulu Jelai sememangnya kerap berlaku. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ting-dilibas-gajah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037053 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list