CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30391|Reply: 0

[Sabah] DBKK Kutip 200kg Sampah Di Segama Waterfront Ketika Cuti Aidilfitri

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:39 PM | Show all posts |Read mode


Foto Facebook DBKK
KOTA KINABALU : Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa mengutip 200 kilogram sisa sampah yang dibuang secara tidak bertanggungjawab semasa cuti perayaan Aidilfitri di sekitar Segama Waterfront di sini.

DBKK dalam kenyataan hari ini menyebut tindakan pengutipan dan penyapuan dilakukan segera di sekitar Segama Waterfront serta Taman Awam Teluk Likas selepas perkongsian orang awam melalui gambar dan video sampah sarap yang bertaburan di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu sampah sarap yang bertaburan telah mengotori persekitaran dan menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada para pengunjung.

“Ini menunjukkan mentaliti segelintir masyarakat awam yang masih menganggap tugas menjaga kebersihan adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan atau pihak berwajib semata-mata,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan akan mengaktifkan Ops Payung di kedua-dua tempat tersebut bagi menguatkuasakan sepenuhnya Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005 yang membolehkan DBKK mengambil tindakan kompaun serta tindakan mahkamah ke atas kutu sampah.

Kenyataan itu menyebut setakat Januari hingga semalam, DBKK telah mengenakan 278 kompaun di bawah kesalahan Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap), masing-masing 64 kompaun di Taman Teluk Likas dan 214 dikeluarkan di pusat bandar.

“Dalam minggu ini juga, lima kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Penjaja) 1966 dikeluarkan ke atas penjaja haram di Taman Awam Teluk Likas sementara satu rampasan barangan penjaja haram di Segama Waterfront,” menurut kenyataan itu.  – BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157113 Replies : 3850
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18945 Replies : 73
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4025 Replies : 67
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 1313 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 1717 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187788 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31
Mak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf selepas menonton Siksa Neraka
JoyahMengayahMak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf s
Views : 11743 Replies : 12
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 8653 Replies : 152

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.087625 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list