CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4041|Reply: 0

[Kedah] Aidilfitri: SADA sediakan 123 lori hantar bekalan air

[Copy link]
Post time 10-4-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Aidilfitri: SADA sediakan 123 lori hantar bekalan air


Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 10, 2024 @ 10:17am [email protected]




Foto fail NSTP




ALOR SETAR: Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) menyediakan 123 lori bagi menghantar bekalan air kepada pengguna yang terjejas ketika musim perayaan Aidilfitri.

SADA dalam kenyataannya berkata, menerusi pelan kesiapsiagaan Sada sempena Aidilfitri tahun ini bermula Isnin lalu hingga 14 April, 84 lori kontrak digunakan, 32 lori tangki SADA dan sembilan lori lagi adalah jumbotanker.

"Kita menjangkakan akan berlakunya peningkatan permintaan air melebihi 30 peratus oleh pengguna di seluruh Kedah sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang didorong kepulangan warga kota dan perantau ke kampung halaman.

"Selain itu, pengoperasian SADA juga terkesan apabila Kedah mengalami cuaca kemarau ekstrim (fenomena El Nino) sejak beberapa bulan lalu.

"Sehubungan itu, SADA turut menyarankan pengguna dapat melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air sekurang-kurangnya selama dua hari dan menggunakannya secara berhemah bagi mengurangkan risiko terputus bekalan air," katanya.

Menurut kenyataan itu, SADA turut mewujudkan pusat khidmat setempat (PKS) di lima lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan yang berisiko tinggi mengalami gangguan bekalan air.

"Sebuah lori statik akan ditempatkan di setiap lokasi PKS bagi menyelesaikan aduan penduduk dengan kadar segera," katanya.

Pengguna boleh menyalurkan aduan secara terus ke kaunter PKS tanpa perlu menghubungi talian hotline yang dijangka mengalami kesesakan pada musim perayaan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.063662 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list