CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15422|Reply: 0

[Pulau Pinang] Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini data dalam VIBES 2.0

[Copy link]
Post time 8-4-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini data dalam VIBES 2.0


Oleh Nur Izzati Mohamad - April 8, 2024 @ 2:58pm [email protected]




Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus (tengah) menyampaikan kit bantuan berupa barangan keperluan sempena menyambut Aidilfiri kepada ahli Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Pulau Pinang serta balu mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas. - Foto Nur Izzati Mohamad





KEPALA BATAS: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meminta 35 peratus daripada 41,000 tentera tidak berpencen berusia 60 tahun ke atas segera mengemaskini data mereka di 'Veteran Integrated Benefit System 2.0' (VIBES 2.0).

Ini selepas Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya dinikmati oleh mereka sebanyak RM300 sebulan dikembalikan semula pihak bank kepada JHEV berikutan akaun tidak aktif.

Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus, berkata tiada istilah tercicir daripada menerima bantuan memandangkan JHEV termasuk persatuan tentera tidak berpencen memainkan peranan sebaiknya bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Tercicir ini adalah disebabkan oleh mereka sendiri yang mana kalau mereka (tentera tidak berpencen) berada dalam persatuan yang dia maklumkan kepada ahli bahawa dia ada masalah serta perlukan bantuan maka namanya akan sampai kepada pihak JHEV.

"Setiap nama veteran atau bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan ada dalam sistem (JHEV) cuma sekiranya (dia) tidak kemaskini sistem itu (maka bantuan sukar sampai) memandangkan data lama tidak membenarkannya.

"Oleh sebab itu, mereka perlu tampil ke pejabat JHEV atau berjumpa dengan pihak persatuan untuk mengemaskini data dan bukannya menjadikan platform media sosial untuk mengadu yang ia tidak membantu apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri anjuran Persatuan Veteran Tidak Berpencen Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Kadir, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambery berkata, kemas kini data itu penting dalam menentukan pendapatan semasa termasuk memastikan akaun bank yang digunakan masih aktif.

"Ini kerana banyak sangat masalah akaun tidak aktif yang mana bila kita masukkan bantuan, wang itu ditahan sebelum pihak bank pulangkan semula kepada JHEV. Maka sebab itu, kita seringkali ingatkan supaya membuat kemas kini," katanya.

Setakat ini, hanya 29,000 veteran ATM tidak berpencen telah menerima BSH yang diberikan secara bulanan sejak September lalu, dengan menyasarkan mereka yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar dan berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Dalam pada itu, Zambery berkata, pihaknya akan bertemu dengan semua wakil persatuan veteran seluruh negara untuk membincangkan mengenai perlembagaan mewujudkan persatuan induk sebelum dibentangkan kepada pengurusan tertinggi.

"Sebelum ini ada rancangan untuk menstrukturkan semula semua persatuan veteran kepada satu persatuan induk (utama) yang mana peringkat Majlis Veteran Kebangsaan sudah meluluskan cadangan ini dan kita telah bentangkan pada tahun lalu.

"Jawatankuasa kerja telah meneliti dan secara prosesnya telah pun berjaya mencapai kata sepakat bahawa semua persatuan veteran akan dicantumkan dan menjadi satu persatuan sahaja namun dari segi perlembagaan masih perlu dibincangkan.

"Apabila semua (bersetuju mengenai perlembagaan ditetapkan dan diharmonikan) maka saya percaya dalam hujung tahun ini atau awal tahun depan kita dah ada satu persatuan baru yang akan dikenali sebagai Persatuan Veteran ATM," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.056652 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list