CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22780|Reply: 0

[Pulau Pinang] Logo mirip kalimah Allah pada kasut: Polis terima satu laporan di Butterworth

[Copy link]
Post time 7-4-2024 11:32 PM | Show all posts |Read mode
Logo mirip kalimah Allah pada kasut: Polis terima satu laporan di Butterworth


Oleh Safeek Affendy Razali - April 7, 2024 @ 6:31pm [email protected]




Foto tular kasut dengan logo didakwa mirip kalimah Allah.




KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat di Pulau Pinang berhubung tulisan menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita yang dikesan tular dalam laman sosial Facebook.

Laporan dibuat seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di Kepala Batas, selepas melihat satu hantaran di laman Facebook atas nama Hidayah Sani, yang berkongsi maklumat mengenai tulisan kalimah Allah pada tapak kasut wanita, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Dua di Butterwoth, sebaik mengesan hantaran yang dikongsi itu.

"Berdasarkan laporannya, pengadu melihat hantaran di Facebook ketika berada di rumahnya sekitar jam 4.30 pagi sebelum bertindak membuat laporan polis atas dasar tanggungjawab.

"Tujuan pengadu itu juga adalah untuk menggesa supaya satu siasatan dijalankan bagi mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya ketika dihubungi BH.

Razarudin berkata, hasil siasatan awal terdapat dua gambar dimuat naik dalam hantaran itu yang memaparkan kasut perempuan berwarna krim pada bahagian hadapan dan bahagian tapak yang tertera kalimah Allah.

"Pemeriksaan juga mendapati hantaran mempunyai satu pautan video aplikasi TikTok di alamat https://vt.tiktok.com/ZSFbHs7RK/ berhubung perkara yang sama," katanya.

Beliau berkata pengadu juga mendapati hantaran berkenaan dikongsi sekitar 8,000 individu.

"Pada masa ini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut sebaik menerima maklumat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang menyebut mengenai dengan sengaja mengeluarkan perkataan, bunyi, isyarat dan sebagainya berniat hendak melukakan perasaan keagamaan seseorang.

"Selain itu siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998," katanya.

Pada masa ini siasatan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

Sementara itu carian BH di alamat akaun TikTok yang dilaporkan itu mendapati video berkenaan sudah dipadamkan.

Terdahulu, pengurusan Vern's Holding Sdn Bhd memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.174722 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list