CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4647|Reply: 0

[Kedah] Bekas kakitangan Kedah Agro terima pampasan

[Copy link]
Post time 7-4-2024 08:08 PM | Show all posts |Read mode
Bekas kakitangan Kedah Agro terima pampasan


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - April 7, 2024 @ 7:04pm [email protected]




Foto hiasan




ALOR SETAR: Seramai 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) menerima pampasan antara RM6,000 hingga RM30,000 selepas pengumuman penamatan operasi syarikat itu semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, Zafir Annuar Ghazali, berkata bayaran itu dibuat mengikut faedah notis penamatan perkhidmatan berdasarkan kontrak masing-masing.

Katanya, pembayaran itu juga adalah mengikut persetujuan dicapai antara MBI dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ketika perbincangan di Mahkamah Perusahaan pada 2 April lalu.

"Saya telah memenuhi janji untuk membayar pampasan yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang, bekas kakitangan akan menerima gaji tunggakan seperti yang diminta," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, diadakan majlis ringkas penyerahan cek kepada bekas kakitangan KAHB di Wisma Darul Aman.

Zafir berkata, pihaknya juga akan berusaha mendapatkan pekerjaan baharu kepada 20 bekas kakitangan KAHB sebagai tanda keprihatinan MBI terhadap nasib mereka.

"Selepas ini saya akan berbincang dengan anak syarikat atau kumpulan ladang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) contohnya untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas kakitangan," katanya.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan penamatan operasi KAHB selepas mendapati syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu tidak lagi berdaya maju serta menanggung liabiliti terlalu besar.

Beliau bagaimanapun, berkata tidak akan menggunakan dana milik kerajaan negeri bagi membayar pampasan kepada kakitangan KAHB yang tidak menerima gaji sejak sembilan bulan lalu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.094050 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list