CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5459|Reply: 0

[Perak] Kontraktor langgar lari dua beradik direman empat hari

[Copy link]
Post time 6-4-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis mengiringi lelaki yang dipercayai terlibat kes langgar lari dua beradik untuk permohonan reman di IPD Ipoh hari ini.

IPOH – Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang terlibat insiden langgar lari hingga mengorbankan dua beradik di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Sungai Siput semalam, direman empat hari.

Perintah reman terhadap lelaki warga tempatan berusia 50-an itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Terdahulu, suspek yang berpakaian serba hitam dan bergari dilihat tiba di pekarangan IPD Ipoh pada pukul 10 pagi dengan diiringi polis sebelum proses permohonan reman terhadapnya selesai kira-kira sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki itu bermula hari ini sehingga Selasa depan.

“Permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam kejadian sekitar pukul 7.12 pagi itu, motosikal Honda EX5 ditunggang Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang memasuki simpang ke kanan secara tiba-tiba.

Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan melarikan diri.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... direman-empat-hari/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066314 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list