View: 6623|Reply: 0
|
[Kelantan]
48,635 akaun alami gangguan air susulan paras sungai menurun
[Copy link]
|
|
Sebagai tindakan mitigasi segera, pihak AKSB memasang pam tambahan di luar muka sauk membabitkan pemasangan pam, sambungan bekalan elektrik dan pemasangan paip. - Foto ihsan AKSB
KOTA BHARU: Musim kemarau berterusan menyebabkan penurunan paras air yang kritikal di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Kelar, Pasir Mas.
Susulan itu, sebanyak 48,635 akaun membabitkan beberapa kampung dari Pasir Mas dan Tumpat yang menggunakan bekalan air dari LRA Kelar mengalami gangguan bekalan air.
Menurut kenyataan dikeluarkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini, pihaknya sedang menjalankan beberapa inisiatif dan dijangka keadaan kembali pulih menjelang Aidilfitri nanti.
"Paras air sungai ketika ini berada pada paras 0 meter di bawah muka sauk LRA Kelar sekali gus memberi kesan terhadap dua jajahan iaitu jajahan Tumpat membabitkan 13,381 akaun, manakala Pasir Mas dengan 35,254 akaun.
"Selain faktor paras air sungai menurun, gangguan bekalan air juga disebabkan kerosakan dua unit pam akibat mendapan pasir dan sampah," katanya.
Sebagai tindakan mitigasi segera, pihak AKSB sudah membuat pemasangan pam tambahan di luar muka sauk membabitkan pemasangan pam, sambungan bekalan elektrik dan pemasangan paip.
Selain itu, kerja pembersihan muka sauk LRA Kelar juga dibuat di samping penyelenggaraan HCW (Telaga Jejari) Semuba 1 (screen blowing pada jejari
HCW sudah bermula pada 30 Mac 2024 dan jangkaan siap esok.
"Kerja itu mengambil masa lama disebabkan faktor jenis tanah dan pihak kami akan mendapatkan bantuan khidmat lori tangki daripada rakan operator jika keadaan kritikal ini berterusan.
"Bilangan lori tangki yang sedang diatur gerak adalah enam lori tangki AKSB, tujuh lori air kontrak dan 108 tangki statik untuk kedua-dua jajahan yang terjejas itu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-paras-sungai-men |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|