CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4687|Reply: 0

[Terengganu] 350 kampit beras percuma 'licin' tak sampai 10 minit

[Copy link]
Post time 28-3-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode
350 kampit beras percuma 'licin' tak sampai 10 minit

OlehNORHASPIDA YATIM

28 Mac 2024 03:58pm




Abang Siti Fatimah, Mohd Ramlan (dua dari kanan) mengagihkan beras tambahan kepada mereka yang tidak sempat mendapatkan beras percuma di kedai runcit Gemilang Speed Mart di Kuala Terengganu pada Khamis.




KUALA TERENGGANU - Sebanyak 350 kampit beras percuma yang disumbangkan oleh sebuah kedai runcit di sini habis dalam tempoh tidak sampai 10 minit.

Pengurus Gemilang Speed Mart, Siti Fatimah Mohamed Farook berkata, walaupun waktu agihan beras tersebut bermula jam 2 petang, orang ramai telah menyerbu kedai berkenaan seawal jam 12.30 tengah hari.



Katanya, pada peringkat awal mereka hanya menyediakan 300 kampit beras jati seberat 5 kilogram (kg) yang setiap satunya berharga RM21.50, namun disebabkan sambutan di luar jangkaan mereka menambah 50 kampit lagi beras tersebut.

"Sambutan diterima hari ini amat menggalakkan cuma kita tak tahu sama ada mereka yang ambil beras percuma itu dalam kalangan golongan memerlukan atau tidak.



"Mengikut perancangan asal kami adik beradik mahu fokus beri beras percuma kepada golongan memerlukan dengan satu kampit untuk satu keluarga namun disebabkan terlalu ramai yang datang kita tak fokus kepada setiap penerima.


Orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan beras percuma yang diagihkan di sebuah kedai runcit di Kuala Terengganu.




"Disebabkan sambutan luar biasa ini ada beberapa pelanggan yang telah beratur daripada jam 1.30 tengah hari tak dapat beras dan kita terpaksa tambah stok sekitar 20 kampit beras lagi untuk mereka, " katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Khamis.

Jelas Siti Fatimah, dia agak kesal kerana terdapat pelanggan yang tidak sempat mendapatkan beras tersebut.


"Kita perhatikan ada juga penerima daripada keluarga yang sama beratur untuk mendapatkan beras, kita kesal kerana bimbang mereka yang layak pula tak dapat disebabkan kehabisan stok beras percuma

"Akan datang saya harap kita semua dapat sama-sama berinfak untuk berkongsi rezeki agar lebih ramai kumpulan sasar dapat dibantu," katanya yang telah kali kedua melakukan infak beras percuma selepas kali pertama pada 2023.

Sementara itu, seorang ibu tunggal Maziana Embong, 55, berkata, dia datang dari Kampung Gelugur Raja, Wakaf Mempelam semata-mata untuk mendapatkan beras percuma itu.

"Saya masih menanggung beberapa orang anak yang masih bersekolah jadi beras di rumah sentiasa tak cukup.

"Bila dengar Gemilang Speed Mart beri beras percuma saya terus datang ke sini dengan harapan boleh bawa balik sekampit beras untuk anak-anak.

"Saya dah sampai awal jam 1.30 tengah hari namun disebabkan terpaksa beratur panjang bila tiba giliran saya beras sudah habis. Mungkin tiada rezeki saya kali ini, tapi kalau masih ada lagi beras yang dapat diberikan saya amat bersyukur," ujarnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.457779 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list