|
YUSRI melihat keadaan Kamaliah yang terbaring sambil ditemani Zuraidah (kanan) di Kuantan. FOTO Asrol Awang
Kuantan: Tidak berdaya untuk mengangkat kakaknya yang sakit ke bilik air menyebabkan seorang wanita terpaksa menghubungi anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk mendapatkan bantuan.
Zuraidah, 65, yang juga ibu tunggal memaklumkan dia kerap meminta bantuan APM atau bomba susulan keadaan kakaknya, Kamaliah Ahmad, 70, yang terlantar sakit.
"Kakak bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga untuk menguruskan keperluan harian termasuk membawanya ke bilik air.
"Ada ketikanya, kami terpaksa mendapatkan bantuan pasukan penyelamat untuk mengangkat Kamaliah berikutan fizikalnya melebihi 100 kilogram.
"Pernah kakak terjatuh beberapa kali di bilik air disebabkan fizikalnya. Saya terpaksa meminta bantuan APM untuk mengangkatnya keluar.
"Saya tidak berdaya disebabkan fizikal kakak (Kamaliah). Terima kasih kepada anggota APM dan bomba yang sanggup membantu kami," katanya ketika ditemui di rumah pusaka di Bukit Sekilau, di sini, semalam.
Beliau ditemui selepas menerima sumbangan barang makanan ada dan kuih raya oleh Yayasan PETRONAS melalui Program Memacu Kehidupan : Hari Raya Aidilfitri 2024.
Zuraidah memaklumkan, selain dia dan Kamaliah, turut menetap di rumah pusaka itu adalah seorang lagi kakaknya, Azizah, 78 dan anaknya berusia 31 tahun.
"Kakak Kamaliah menghidap penyakit saluran darah tersumbat pada kaki menyebabkan dia terbaring manakala kakak Azizah pula berdepan masalah kesihatan.
"Kami ada menerima RM1,000 daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), masing-masing RM500 untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri. Saya turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pencen," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ung-kakak-ke-tandas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|