|
Nazli Amirri (dua kanan) melihat amil, Wan Mohamad Azizi (kanan) menggunakan kemudahan aplikasi kod QR menguruskan pembayaran zakat fitrah daripada saudara baharu. NSTP/BAHAROM BAKAR.
KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menggalakkan umat Islam membayar zakat fitrah menggunakan aplikasi kod QR bagi menggantikan buku resit yang diguna pakai sebelum ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata melalui sistem itu, amil tidak perlu menggunakan buku resit fizikal, sebaliknya hanya merekodkan hasil kutipan zakat terus ke dalam sistem.
Bagaimanapun, katanya, amalan membayar zakat menggunakan kaedah lama secara bayaran tunai kepada amil tetap diteruskan bagi memudahkan mereka yang tidak mahir dengan teknologi kod QR.
"Resit rasmi zakat yang dibayar secara kod QR akan diberikan kepada pembayar zakat melalui telefon atau e-mel atau kedua-duanya dan resit juga boleh dicetak sendiri oleh pembayar zakat berdasarkan keperluan mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, seramai 20 daripada 1,292 saudara baharu menunaikan zakat fitrah menggunakan kemudahan aplikasi Kod QR yang dibangunkan MAIDAM tahun lalu di Kompleks Darul Hidayah, di sini.
Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM, Nazli Amirri Ngah dan Penolong Setiausaha (Agihan Zakat), Yaacob Abdullah.
Mengulas lanjut, Shaikh Harun berkata, walaupun MAIDAM menggalakkan pembayaran zakat fitrah menggunakan aplikasi kod QR, buku resit tetap dibekalkan kepada amil bagi mereka yang mahu membayar zakat secara bersemuka dan tunai.
"Setakat ini, sambutan diberikan pembayar melalui penggunaan kod QR amat mengalakkan," katanya.
Sementara itu, Shaikh Harun berkata, MAIDAM mengeluarkan RM358,400 untuk membantu saudara baharu bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri tahun ini.
"Bantuan antara RM300 hingga RM700 itu dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing secara berperingkat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -fitrah-guna-kod-qr |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|