View: 5278|Reply: 0
|
Harrif kecewa Joo Ngan dituduh rasis
[Copy link]
|
|
HARRIF harap masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Kuala Lumpur: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh meluahkan rasa kecewanya apabila segelintir pihak cuba memecah belahkan keharmonian sukan berbasikal dengan membangkit isu perkauman dalam sukan itu.
Pihak berkenaan dikatakan menuding jari menyalahkan legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan sebagai rasis dan cuba mewujudkan sentimen perkauman itu.
Harrif yang juga juara dua peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 bagaimanapun mengharapkan perkara itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik di antara pihak masing-masing.
Kata Harrif, Joo Ngan individu yang membentuknya menjadi pelumba sehebat sekarang ini.
"Setiap kali berjumpa Datuk (Joo Ngan) saya akan peluk dan cium pipi dia. Dia saya anggap seperti ayah saya sendiri.
"Dialah mendidik saya ketika remaja. Dialah orang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya, menjadi anak murid dia pada 2007 ketika saya berusia 19 tahun.
"Apabila diserap ke dalam program elit oleh MSN (Majlis Sukan Negara) dia adalah individu yang melatih saya sehingga memenangi emas pertama buat negara dalam acara scratch di Kejohanan ACC (Kejohanan Berbasikal Asia) di Thailand," katanya.
Malah bukan itu saja, karier Harrif terus menyinar selepas itu apabila dia turut meraih emas dalam acara kejar-mengejar dan juga memecahkan rekod Malaysia dalam acara itu di Sukan Sea pada 2007.
"Semua itu berlaku ketika saya di bawah jagaan uncle Joo Ngan. Saya kenal beliau memang dari usia muda dan selalu menasihati saya tentang apa jua saya buat.
"Semasa beliau melatih saya dan kawan-kawan yang lain memang semua dilayan sama rata tiada lebih tiada kurang, semuanya sama," kata Harrif.
Sebelum ini, Joo Ngan yang juga jurulatih Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) dilihat gagal menjalankan tanggungjawab dengan adil dan sebaiknya oleh segelintir bekas ibu bapa pelumba yang berada di bawah naungan persatuan berkenaan.
Joo Ngan, 76, dikatakan sering terperangkap dengan kisah lalu dan tidak melakukan perubahan terkini dalam kaedah latihannya selain didakwa kadangkala bertindak agak 'rasis' dalam sesetengah perkara.
Konflik yang berlaku dalam KLCA mula tercetus apabila terdapat segelintir ibu bapa bekas pelumba persatuan mendakwa wujud isu membabitkan perkauman, pecah amanah dan penyalahgunaan dana yang diterima daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -ngan-dituduh-rasis |
|
|
|
|
|
|
| |
|