|
GAMBAR HIASAN
Batu Pahat: Dua beranak dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menetak seorang lelaki menggunakan parang dalam pergaduhan di Parit Imam, awal bulan ini.
Tertuduh pertama, Tang Yu Thai, 39, pekerja kebun kelapa sawit dan bapanya, Tang Eng Kong, 65, yang juga pemandu jengkaut, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 42 tahun menggunakan parang di Kampung Parit Imam, jam 9.16 malam, 5 Mac lalu.
Berikutan itu, mereka berdepan pertuduhan Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.
Mengikut fakta kes, mangsa ke sebuah kedai runcit untuk membeli rokok namun, berlaku perselisihan dengan tertuduh pertama.
Kemuncaknya, berlaku pergelutan dan bapa tertuduh yang melihat kejadian itu datang membantu anaknya sambil membawa parang.
Mangsa kemudiannya ditetak di kepala. Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan.
Hasil laporan dibuat mangsa, polis menahan dua beranak itu pada 6 Mac.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala dua beranak itu diwakili peguam, Tan Song Yan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elaki-dengan-parang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|