View: 3131|Reply: 0
|
[Melaka]
Duda dijel sehari, tumbuk pegawai bomba dakwa jadi punca penceraian
[Copy link]
|
|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-20-at-12.04.51-PM.jpeg)
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.
MELAKA – Seorang duda dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah melakukan peras ugut serta menumbuk seorang pegawai bomba yang didakwanya menjadi punca penceraian rumah tangganya.
Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Noor Alfian Noor Latif, 25, yang membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati dengan sengaja melakukan pemerasan terhadap seorang penjawat awam dengan niat mangsa dalam ketakutan dikenakan tindakan dilaporkan kepada Ketua Jabatan mangsa.
Tindakan itu secara tidak jujur telah mendorong mangsa menyerahkan mangsa wang berjumlah keseluruhan RM19,250 kira-kira pukul 9 malam di Bukit Katil dalam daerah Melaka Tengah pada 17 Oktober 2023.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Tertuduh juga didapati dengan sengaja memukul dan menumbuk mangsa sama sehingga menyebabkan kecederaan pada pukul 4.21 petang di Bukit Katil, 3 Mac 2024.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah memeras ugut mangsa yang merupakan seorang pegawai bomba untuk membuat pembayaran berjumlah RM30,000 dengan tujuan menakut-nakutnya kerana dituduh menjadi punca penceraian rumah tangganya.
Mangsa kemudian menyerahkan wang berjumlah RM19,250 melalui beberapa transaksi dan juga tunai.
Pada 3 Mac lalu, tertuduh telah berjumpa dengan mangsa di sebuah rumah beralamat di Bukit Katil sebelum bertindak menumbuk penjawat awam itu.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia perlu menanggung seorang anak serta ibu dan adik-beradiknya yang masih bersekolah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dikenakan.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama dan denda RM1,000 atau penjara satu bulan bagi pertuduhan kedua.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... i-punca-penceraian/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|