CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5256|Reply: 0

[Johor] 'Kebanyakan hanya menyamar jadi Muslim'

[Copy link]
Post time 16-3-2024 01:00 PM | Show all posts |Read mode

Johor Bahru: Hasil lumayan yang diperoleh menerusi aktiviti mengemis di bandar raya Johor Bahru mendorong warga asing sanggup menyewa anak rakan bagi mempergiatkan kegiatan mereka.

Presiden Pemuda Puteri Malaysia Bersatu (Perimau) Mohd Ridhwan Othman berkata, ia antara taktik golongan itu bagi mendapatkan wang yang memberangsangkan termasuk pada setiap Ramadan.

Beliau berkata, kebiasaannya mereka bergerak bersendirian atau membawa kanak-kanak kecil sebagai umpan menagih simpati.

"Mereka sanggup menyewa anak kenalan dan saudara-mara dan perkara berkenaan pernah didedahkan di media sebelum ini namun ia masih diulangi.


"Mereka berpura-pura ibu kepada kanak-kanak berkenaan termasuk bayi namun ia hanya sekadar lakonan bagi meraih simpati ramai.

"Malah setengah golongan ini yang dipercayai dinaungi sindiket tertentu juga sanggup membiarkan kanak-kanak itu kelaparan supaya orang ramai mudah simpati," katanya

Beliau berkata, mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menyasar lokasi seperti bazar Ramadan, kawasan masjid atau surau dan lokasi tumpuan ramai termasuk warga tempatan mahupun pelancong Singapura termasuk berhampiran pusat membeli-belah dan restoran.

Menurutnya, mereka tampil seperti umat Islam termasuk memakai jubah atau bertudung, memakai kopiah dan songkok walaupun kebanyakannya bukan beragama Islam.

Katanya, ada dalam kalangan mereka juga juga orang kurang upaya (OKU) fizikal.

"Walaupun tidak fasih berbahasa Melayu dan hanya menggunakan isyarat tangan ketika berkomunikasi 'melembutkan' hati orang ramai.

"Hotspot mereka termasuk di masjid dan bazar Ramadan di bandar raya ini termasuk di Bandar Baru Uda, Tampoi, Kempas dan Skudai," katanya.

Mohd Ridhwan berkata, kumpulan pengemis juga sengaja berpakaian lusuh walaupun kebanyakannya didapati tinggal di hotel berhampiran.

"Mereka ini umpama magnet tarik duit kerana tidak sampai sejam mereka dapat mengumpul wang yang banyak apabila seorang demi seorang datang memberikan sumbangan.

"Ada juga yang bertongkat sambil mengheret kaki nyata berjaya menimbulkan rasa simpati orang ramai strategi dengan menghampiri mereka yang lalu-lalang sebelum duduk melunjur kaki yang 'sakit'," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, ketika masih terdapat golongan tempatan yang lebih sesuai dibantu, kumpulan pengemis tetap menjadi tumpuan.

"Mereka mengambil kesempatan terhadap sikap mudah simpati rakyat tempatan.

"Penduduk tempatan sepatutnya lebih berhati-hati dan sekiranya mahu beramal, banyak lagi golongan sasaran yang sesuai termasuk di rumah kebajikan serta asnaf.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengadakan operasi bagi membendung aktiviti mengemis pada Ramadan ini," katanya.

Pada 23 Januari lalu, polis Johor mendedahkan kejayaan menahan dua lelaki tempatan yang juga dalang sindiket pemerdagangan orang, serta menyelamatkan empat warga asing orang kurang upaya (OKU) yang dijadikan pengemis sekitar bandar raya ini.

Kedua-dua lelaki berusia 39 dan 79 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua rumah di Taman Abad dan Taman Century di sini, menerusi Op Mega Pintas antara jam 8 malam hingga 11.45 malam.

Mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket pemerdagangan orang iaitu eksploitasi pengemis warga China di sekitar bandar raya ini.

Dalam serbuan itu polis berjaya menyelamatkan masing-masing dua lelaki dan wanita warga China berusia antara 36 hingga 61 tahun yang juga OKU fizikal dan lumpuh.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... enyamar-jadi-muslim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053871 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list