CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4024|Reply: 0

[Selangor] Penuntut universiti tempatan diugut bunuh isu kehadiran dalam kelas

[Copy link]
Post time 12-3-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode

ONG Chun Wei (kanan) dan Mangsa dibuli, Zhang Yixuan (kiri) ketika Sidang Media DAPSY di Bandar Mahkota, Cheras. FOTO Farhan Razak

Kajang: Gara-gara bertanyakan soalan remeh dalam kumpulan sembang di aplikasi WeChat, seorang penuntut sebuah universiti swasta diugut bunuh serta dilemparkan kata-kata kesat oleh penuntut universiti sama.

Menceritakan kejadian itu, mangsa, Zhang Yixuan, 23, berkata, insiden terbabit berlaku semasa dia bertanyakan mengenai kehadiran dalam satu kelas dalam kumpulan sembang berkenaan pada 25 Februari lalu.

"Sebelum kejadian, saya dimaklumkan oleh pensyarah bahawa tidak perlu masuk ke kelas pada hari kejadian menyebabkan saya bertanya dalam kumpulan sembang itu sama ada perlu mengimbas kod QR atau tidak.

"Tiba-tiba pertanyaan saya itu 'diserang' oleh penuntut lain yang melemparkan kata-kata kesat. Malah, ada di antara 500 penuntut yang ada dalam kumpulan sembang itu mengugut bunuh (terhadapnya)," katanya.




Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Aduan DAPSY Selangor, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Ong Chun Wei.

Yixuan yang juga warga China berkata, dia membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh itu pada 27 Februari lalu.

"Insiden ini bukan kejadian pertama berlaku kerana saya pernah diugut oleh tiga penuntut lain yang tidak dikenali pada tahun lalu.

"Mereka ugut saya hanya kerana saya bertanyakan soalan dalam kumpulan sembang. Namun, insiden ini membabitkan kumpulan sembang yang lain," katanya.

Menurutnya, dia kini bimbangkan keselamatan dirinya selepas perkara yang berlaku itu tidak mendapat perhatian daripada pihak universiti.

"Sehingga kini, belum ada sebarang tindakan diambil oleh pihak universiti terhadap penuntut berkenaan.

"Ia menyebabkan saya bimbang akan dibuli (siber) lagi. Disebabkan insiden ini, saya jadi paranoid dan sentiasa bimbang terhadap keselamatan diri.

"Bagaimanapun, saya tidak memberitahu kepada ahli keluarga di China mengenai perkara ini kerana tidak mahu mereka bimbang," katanya.

Sementara itu, Chun Wei berkata, perbuatan buli siber adalah isu yang perlu dipandang serius kerana ia boleh mengganggu emosi mangsa yang boleh membawa kepada tragedi lebih buruk seperti bunuh diri.

"Walaupun buli siber tidak nampak kesan 'cedera', namun mental mangsa boleh terjejas teruk sehingga boleh mendorong mereka mengambil tindakan drastik seperti bunuh diri.

"Justeru, saya sarankan kepada mangsa buli siber supaya tampil buat aduan kepada pihak berkaitan supaya mereka tidak berterusan menjadi mangsa buli (siber)," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hadiran-dalam-kelas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058930 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list