View: 4631|Reply: 1
|
Salam Ramadan daripada bintang dunia
[Copy link]
|
|
Antonio Rudiger, Paul Pogba dan Mesut Ozil antara bintang dunia yang bergembira menyambut ketibaan awal Ramadan kali ini. – Foto Instagram
LONDON: Pemain bola sepak menggunakan media sosial untuk menandakan permulaan Ramadan, satu daripada bulan paling penting dalam kalendar Islam.
Ramadan bermula pada malam Ahad di sesetengah negara dan akan berakhir pada 9 April dan ia satu tempoh yang akan menyaksikan umat Islam berpuasa dari masuk waktu Subuh hingga ke Maghrib selama sebulan.
Selain berjuta-juta umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan - 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia - beberapa pemain bola sepak berprofil tinggi turut akan berpuasa bulan ini.
Beberapa pemain terkenal dalam sukan bola sepak melayari Instagram untuk berkongsi ucapan mereka kepada peminat yang menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
Antonio Rudiger menulis di Instagram: "Ramadan Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah menerima ibadah puasa dan solat kita."
Pemain Chelsea, Kalidou Koulibaly, Wesley Fofana dan N’Golo Kante (terselindung) berbuka puasa ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris pada April 2023. – Foto REUTERS
Bekas bintang Jerman, Real Madrid dan Arsenal, Mesut Ozil berkata: "Ramadan Mubarak kepada semua saudara dan saudari Muslimku di seluruh dunia. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keamanan dan kegembiraan."
Sementara itu Paul Pogba mengucapkan kepada pengikutnya: "Ramadan Kareem."
Beberapa pemain lain turut menggunakan media sosial untuk membuat hantaran mengucapkan 'Salam Ramadan' kepada pengikut mereka.
Ilkay Gundogan, Nayef Aguerd, Sadio Mane dan Hakim Ziyech turut menghantar ucapan mereka di media sosial bagi menandakan permulaan bulan suci itu.
BBC melaporkan pada 2023, terdapat 253 pemain beragama Islam dalam pasukan utama dan akademi bagi empat divisyen utama liga Inggeris. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ipada-bintang-dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menyambut bulan Ramadan |
|
|
|
|
|
|
| |
|