|
VILLA berpeluang mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas jika berjaya menumbangkan Spurs malam ini. – ASTON VILLA
BIRMINGHAM – Aston Villa berpeluang untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang pertemuan menentang Tottenham Hotspur di Villa Park malam ini.
Bagaimanapun, ia bukan satu tugas mudah buat Villa memandangkan moral Spurs berada dalam keadaan cukup baik ketika ini apabila memburu kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Crystal Palace bulan lalu.
Bekas pemain Villa, Paul Merson bagaimanapun percaya, skuad kendalian Unai Emery itu memiliki kelebihan untuk mengutip tiga mata berdasarkan masalah kecederaan dihadapi Spurs ketika ini.
“Sekiranya Spurs tewas pada perlawanan ini, mereka akan ketinggalan lapan mata dengan kedudukan keempat walaupun masih kurang satu perlawanan. Bagaimanapun, saya percaya Spurs tidak akan memberi laluan mudah kepada Villa.
“Perlawanan ini juga mampu menjadi aksi penentu kepada perebutan tangga keempat jika Villa mampu menewaskan Spurs. Mereka mampu untuk menamatkan perebutan kelompok empat teratas jika berjaya mendapatkan tiga mata,” katanya.
Difahamkan, Spurs masih belum dapat menggunakan khidmat beberapa pemain utama termasuk Pedro Porro, Richarlison, Fraser Forster dan Ryan Sessegnon yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Justeru, Villa sepatutnya memanfaatkan peluang tersebut bagi mendapatkan kemenangan penting, lebih-lebih lagi mereka akan mendapat sokongan puluhan ribu penyokong di gelanggang sendiri. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... e-liga-juara-juara/ |
|