CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7061|Reply: 1

[Sarawak] Bot karam di Batang Baleh: Jasad Jonathan Lambet dan Jack Balan telah dijumpai

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-3-2024 03:56 AM

Mayat dipercayai salah seorang mangsa bot karam di Batang Baleh dijumpai


Polis mengangkat mayat tersebut untuk dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

SIBU: Mayat seorang lelaki dipercayai salah seorang daripada empat mangsa insiden bot karam di Batang Baleh berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh, petang Khamis lalu telah ditemukan di perairan Batang Rajang, Pulau Kerto pagi tadi.

Menurut sumber polis, mayat tersebut ditemukan oleh orang awam terapung sekitar jam 11.30 pagi sebelum ditarik ke Pangkalan Polis Marin Wilayah 5 Sibu.
"Mayat telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sibu untuk tujuan bedah siasat pada jam 1.45 petang tadi," kata sumber itu.

Sementara itu, pihak polis turut menerima satu lagi maklumat daripada orang awam yang menyatakan ternampak mayat di perairan Batang Lebaan sekitar jam 11.40 pagi.

Bagaimanapun sepasukan polis yang dikerah ke lokasi tersebut tidak menjumpai mayat itu yang berkemungkinan telah hanyut ke arah Bintangor atau ke Muara Serdeng.

Setakat ini, identiti mayat yang dijumpai di perairan Pulau Kerto masih belum dikenali pasti.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu ketika dihubungi mengesahkan satu laporan berhubung penemuan satu mayat tersebut.

"Kita telah dimaklumkan mengenai penemuan satu jasad namun identiti mayat masih belum diketahui," katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 5.00 petang Khamis lalu, lima lelaki termasuk dua anggota polis sedang dalam perjalanan menuju ke Kem Nanga Tulie dengan membawa bahan letupan menaiki bot fiber 30 kuasa kuda (HP).

Hanya seorang lelaki dikenali sebagai Moses Ngui, 47, berjaya diselamatkan oleh orang awam selepas  bot yang dinaiki karam dan tenggelam di Batang Balleh.

Empat mangsa yang masih hilang ialah Sarjan Jonathan Lambet, 51, dari cawangan Kebajikan dan Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim, 28, dari cawangan Persenjataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, Amerson John James Naim, 47, dan pemandu bot, Jack Balan, 44.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2024 11:57 AM | Show all posts
Bot karam di Batang Baleh: Jasad Jonathan Lambet dan Jack Balan telah dijumpai



Salah seorang mangsa yang dijumpai terapung di Pulau Kerto, Sibu pagi tadi.
KUCHING: Dua daripada empat mangsa yang dilaporkan hilang dalam insiden bot karam di Batang Baleh berdekatan Sekolah Kebangsaan Lepong, Kapit dijumpai lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dua mangsa yang telah dijumpai itu dikenal pasti sebagai Sarjan Jonathan Lambet, 51, dan pemandu bot, Jack Balan, 44 tahun.

"Dua mangsa yang terlibat dalam bot karam telah dijumpai pada hari ini iaitu satu mayat terapung di kawasan Kapit dan satu mayat dijumpai terapung di Pulau Kerto, Sibu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala dua lagi mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim, 28, dari cawangan Persenjataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit dan Amerson John James Naim, 47.

Mengulas lanjut, katanya, penemuan mayat terapung dilaporkan sekitar jam 4.02 petang oleh anggota bomba yang melakukan pencarian di lokasi menggunakan bot dan jarak mangsa dijumpai dianggarkan 5 kilometer dari lokasi bot karam.

"Mayat mangsa telah disahkan oleh pihak polis dan mangsa yang dijumpai iaitu Jonathan Lambet.

"Komander Operasi juga lapor telah menerima maklumat daripada polis Kapit berkaitan satu penemuan mayat terapung oleh pihak polis IPD Sibu di kawasan perairan Pulau Kerto, Sibu pada jam 10 pagi dan telah disahkan sebagai mangsa bot karam di Kapit iaitu Jack Balan," katanya.

Operasi hari ini kemudian telah ditangguhkan pada jam 6 petang tadi.

Tambahnya, operasi akan disambung semula esok bagi meneruskan pencarian dua lagi mangsa yang masih hilang.

Dalam kejadian sekitar jam 5.00 petang Khamis lalu, lima lelaki termasuk dua anggota polis sedang dalam perjalanan menuju ke Kem Nanga Tulie dengan membawa bahan letupan menaiki bot fiber 30 kuasa kuda (HP).

Hanya seorang lelaki dikenali sebagai Moses Ngui, 47, berjaya diselamatkan oleh orang awam selepas  bot yang dinaiki karam dan tenggelam di Batang Balleh.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... alan-telah-dijumpai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058717 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list