View: 3175|Reply: 0
|
Al-Nassr tewas, Ronaldo hambar
[Copy link]
|
|
RONALDO gagal bantu kelabnya ketika menentang Al-Ain. FOTO TeamCRonaldo
Abu Dhabi: Cristiano Ronaldo kembali bermain selepas digantung satu perlawanan tetapi gagal membantu Al-Nassr yang tewas 0-1 di tangan Al-Ain pada aksi peringkat pertama suku akhir Liga Juara-Juara Asia awal pagi tadi.
Jaringan penyerang Maghribi Soufiane Rahimi pada minit 44 sudah cukup untuk bekas juara Al-Ain membawa kelebihan tipis ke Riyahd dalam aksi kedua Isnin depan.
Ronaldo sebelum ini terlepas aksi Liga Pro Saudi Jumaat lalu akibat penggantungan susulan didapati berkelaluan tidak wajar ketika menentang Al-Shabab.
Video menunjukkan bintang Portugal itu menekup telinganya dan kemudian berulang kali menggayakan isyarat lucah yang ditujukan kepada penyokong Al-Shabab yang melaunkan nama Lionel Messi, pesaing tradisi Ronaldo sejak sekian lama.
Penyokong Al-Ain melakukan perkara sama tetapi mereka terdiam seketika apabila Ronaldo hampir menjaringkan gol menerusi sepakan akrobatik.
Pada lewat permainan, dia melakukan rembatan jarak jauh yang sedikit tersasar manakala percubaan jarak dekatnya diselamatkan penjaga gol Al-Ain Khalid Eisa.
Al-Nassr bernasib baik apabila Al-Ain yang dikendalikan bekas penyerang Argentina Hernan Crespo memperoleh dua gol namun dibatalkan akibat ofsaid.
Perlawanan berakhir dengan Al-Nassr kurang seorang pemain selepas Aymeric Laporte dibuang padang pada masa kecederaan dan bekas pertahanan Manchester City itu terlepas aksi peringkat kedua.
"Kami hanya di pertengahan. Ketika pusingan kedua dijangka lebih sukar, kami masih ada 90 minit di tempat sendiri," kata jurulatih Al-Nassr Luis Castro.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ewas-ronaldo-hambar |
|
|
|
|
|
|
| |
|