CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6171|Reply: 0

Gol lewat Nunez lonjak Liverpool

[Copy link]
Post time 3-3-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode

DARWIN Nunez meraikan jaringannya. FOTO AFP

Manchester: Darwin Nunez menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-99 untuk membolehkan Liverpool yang dilanda masalah melakar kemenangan 1-0 di Nottingham Forest awal pagi tadi sekali gus kekal mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini ketika mereka cuba memenangi empat trofi pada musim terakhir Jurgen Klopp membimbing kelab itu.

The Reds sekali lagi beraksi tanpa beberapa pemain ternama termasuk Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold, Alisson Becker dan Diogo Jota.

Tetapi terdapat sedikit cahaya di hujung terowong apabila Nunez dan Dominik Szoboszlai kembali sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.



Pemain Uruguay itu memberi impak yang ketara apabila menyempurnakan hantaran Alexis Mac Allister sekali gus memastikan kemenangan pertama Liverpool di City Ground sejak 1984.

"Pada saat akhir, pemain yang kelihatan seperti bekas pemain Liverpool menjaringkan gol dan menentukan keputusan perlawanan ini.

"Gol itu disumbangkan oleh seorang pemain yang paling tenang di atas padang. Saya melihatnya di depan mata dan tidak akan melupakannya. Hantaran yang hebat dan gol sangat penting," kata Klopp.

Kemenangan menyaksikan anak buah Klopp empat mata di depan Manchester City, yang akan menentang Manchester United hari ini dan lima mata di depan Arsenal, yang bertandang ke Sheffield United, esok.

Kekalahan menyebabkan Forest kekal empat mata di atas zon penyingkiran dan berdepan ancaman pemotongan mata kerana pelanggaran peraturan kewangan.

Sementara itu, Tottenham di bawah bimbingan Ange Postecoglou bangkit untuk menewaskan Crystal Palace 3-1.

Sepakan percuma Eberechi Eze minit ke-59 meletakkan Eagles di depan sebelum gol Spurs menyamakan kedudukan menerusi Timo Werner minit ke-77.

Cristian Romero kemudian meletakkan Tottenham di depan tiga minit kemudian sebelum gol Son Heung-min memastikan Spurs meraih tiga mata penuh.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ez-lonjak-liverpool
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.046672 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list