CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3922|Reply: 0

Bintang EPL terus jadi buruan Liga Pro Saudi

[Copy link]
Post time 29-2-2024 02:24 PM | Show all posts |Read mode

Bintang Liverpool, Mohamed Salah (kiri) dan Virgil van Dijk (kanan) antara sasaran utama kelab-kelab Liga Pro Saudi. - Foto AGENSI



LONDON: Liga Pro Saudi sedang merancang untuk memborong pemain-pemain Liga Perdana Inggeris pada musim panas ini.

Beberapa bintang daripada liga tertinggi Inggeris itu sudah berpindah ke Arab Saudi pada musim panas lalu, antaranya Jordan Henderson, Edouard Mendy dan Riyad Mahrez.

Liga di Timur Tengah itu mula menarik perhatian dunia dengan kebanjiran bintang-bintang Eropah, yang mengikut jejak Cristiano Ronaldo bermain di Liga Pro Saudi.

Sekurang-kurangnya lapan pemain lagi berada dalam radar kelab-kelab Arab Saudi, dengan beberapa bintang Liga Perdana Inggeris bakal menyertai mereka.



Bintang Liverpool, Mohamed Salah adalah sasaran utama mereka selepas kelab Anfield itu akan memasuki era baharu apabila pengendalinya, Jurgen Klopp meninggalkan mereka akhir musim ini.

Rakan sepasukan Salah, Alisson dan Virgil van Dijk juga dilaporkan berada dalam radar Saudi. Setakat ini masih belum dapat dipastikan berapa ramai pemain akan tinggal sebaik Klopp meninggalkan kelab.

Pemain-pemain Manchester City juga cuba dipancing Arab Saudi, dengan Kevin De Bruyne dan Bernardo Silva berada dalam senarai teratas kelab-kelab mereka.

Gandingan Manchester United pula - kapten Bruno Fernandes dan pemain tengah Casemiro juga dalam pemantauan kelab-kelab Timur Tengah.

Pemain kelapan yang mendapat perhatian kelab-kelab Arab Saudi ialah Andreas Pereira dari Fulham. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ruan-liga-pro-saudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.567271 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list