|
Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino meraikan kemenangan pusingan kelima Piala FA ke atas Leeds United di Stamford Bridge, London bersama Conor Gallagher. - Foto REUTERS
LONDON: Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino berkata pasukannya menunjukkan keberanian ketika menewaskan Leeds United 3-2 pada pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge.
Pochettino dan Chelsea dikritik selepas tewas kepada pasukan muda Liverpool pada final Piala Liga di Wembley hujung minggu lalu.
Jaringan kemenangan Connor Gallagher pada minit ke-90 membawa Chelsea ke suku akhir Piala FA, sekali gus meredakan tekanan ke atas Pochettino.
"Persembahan seperti ini membuktikan yang kami berani dan mampu memenangi perlawanan. Kami sedar kami siapa," kata Pochettino.
Skuad London itu bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA adalah peluang terakhir untuk menjulang trofi musim ini.
Ia adalah pertemuan Piala FA pertama antara Chelsea dan Leeds sejak The Blues memenangi final Piala FA 1970.
Mateo Joseph meletakkan Leeds di depan sebelum Nicolas Jackson dan Mykhailo Mudryk menjaringkan gol buat Chelsea.
Joseph sekali lagi menemui sasaran tetapi Gallagher memastikan kemenangan buat Pochettino pada minit ke-90.
Chelsea akan bertemu kelab Liga Kejuaraan, Leicester City pada suku akhir. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... mi-siapa-pochettino |
|