CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2313|Reply: 1

[Dunia] Roti makanan haiwan menjadi racun untuk kanak-kanak Gaza

[Copy link]
Post time 28-2-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Roti makanan haiwan menjadi racun untuk kanak-kanak Gaza

https://www.hmetro.com.my/global ... uk-kanak-kanak-gaza

Agensi

Disiarkan pada: Februari 28, 2024 @ 9:18am


IBU Khaled memeluk anaknya yang meninggal dunia akibat keracunan makanan buat kali terakhir. FOTO Agensi/AlJazeera

Gaza: Roti diperbuat daripada makanan haiwan adalah pilihan terakhir kebanyakan penduduk Gaza untuk mengelakkan kelaparan akibat kekurangan bekalan makanan lain.

Malangnya, makanan yang disediakan untuk mengalas perut bagi meneruskan kehidupan menjadi racun kepada segelintir kanak-kanak terutama yang masih kecil sehingga menyebabkan kematian.

Itu nasib menimpa seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali sebagai Khaled yang meninggal dunia selepas makan roti diperbuat dari makanan haiwan.

Menurut neneknya, Ibtisam Al Kahlout kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital apabila bibirnya kebiruan selepas menikmati roti diperbuat dari makanan haiwan.

"Kanak-kanak yang lebih berusia turut mengalami keracunan dan muntah-muntah tetapi dapat bertahan.

"Bagi kanak-kanak lebih kecil mereka tidak dapat bertahan dan keadaan lebih buruk, roti yang sepatutnya menjadi alas perut untuk mengelakkan mereka kelaparan menjadi racun hingga membunuh mereka," katanya, lapor AlJazeera.

Ibtisam berkata, doktor memaklumkan cucunya keracunan makanan akibat makan roti diperbuat dari makanan haiwan dan barli.

"Kami makan roti dari makanan haiwan untuk terus hidup. Ini sahaja yang ada untuk terus hidup.

"Sudah lebih 100 hari kami tidak makan nasi atau roti, dan ramai penduduk di Utara Gaza membuat roti makanan haiwan untuk mengelakkan kelaparan.

"Saya kita tidak makan roti ini wahai cucuku, tetapi ini sahaja pilihan yang ada," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
"Ini salah Hamas kerana merekalah yang mulakan perang 7 Oktober," ujar seorang penjilat lubang jubur Zionis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.075156 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list