CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1383|Reply: 0

Lee Tuck sedia kembali ke Liga M bersama TFC

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:56 AM | Show all posts |Read mode

BEKAS pemain TFC, Lee Tuck sedia kembali menyarung jersi TFC musim ini. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Bekas 'arkitek' skuad Terengganu FC (TFC), Lee Tuck sedia kembali menyarung jersi skuad Penyu pada musim ini jika mendapat tawaran daripada pasukan itu.

Jelas bekas pemain import TFC itu, banyak kenangan indah bersama pasukan itu selain dua anaknya iaitu Ruby Sofia dan Sienna Mae lahir di Kuala Terengganu membuatkan pemain berusia 36 itu rindu untuk berbakti semula bersama skuad Penyu.

Malah Tuck yang sudah bergelar pemain naturalisasi kebangsaan akui isterinya, Georgia Madelela, 34, juga turut gembira menetap di bumi Terengganu biarpun kini tinggal di England bersamanya.

Bagaimanapun Tuck yang kini bergelar ahli perniagaan dalam sektor hartanah di England sehingga syarikatnya berjaya menjadi finalis Anugerah Pelabur Hartanah terbaik di United Kingdom (UK) akui perlu menilai terlebih dahulu jika ada tawaran daripada pihak pengurusan TFC ataupun kelab lain dalam Liga Malaysia (Liga M) sebelum membuat keputusan muktamad.



"Terkini saya tidak bermain dengan mana-mana kelab, TFC adalah sebuah kelab yang begitu hebat, saya mempunyai begitu banyak kenangan indah di sana (Terengganu) bersama orang Terengganu selain pasukan.

"Dua anak saya lahir di Terengganu, jadi ia adalah tempat yang begitu istimewa buat keluarga kami. Jadi saya sedia menyarung jersi TFC sekiranya ada tawaran daripada pasukan itu pada musim ini.

"Bagaimanapun setakat ini saya tidak dihubungi oleh pihak pengurusan TFC untuk berbincang mengenai perkara itu (menyarung jersi TFC), jika ada saya anggap ia satu keuntungan buat saya, namun apa-apapun terpulang kepada pihak pengurusan TFC," ujar pemain yang digelar 'Rooney Ganu' itu ketika dihubungi.

Mengulas lanjut Tuck yang mula menyarung jersi TFC bermula 2018 hingga 2020 sebelum kembali sebagai pemain pinjaman pada 2022 berkata, selain bekerja dalam sektor hartanah, dia juga turut aktif dalam sukan lasak di UK.

"Bagi memastikan saya sentiasa cergas walaupun tidak lagi bermain bola sepak, saya juga berlumba dalam kejuaraan Velites Hyrox Barcelona 2023 dengan muncul sebagai juara, ia begitu menyeronokkan," kata Tuck.

Selain TFC, pemain kelahiran Halifax, England itu pernah menyarung jersi Negeri Sembilan, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan skuad kebangsaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -liga-m-bersama-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041928 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list