CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7492|Reply: 0

[Kelantan] Tekong hilang ketika menangkap ikan

[Copy link]
Post time 26-2-2024 10:49 PM | Show all posts |Read mode
Tekong hilang ketika menangkap ikan

OlehADILA SHARINNI WAHID
26 Februari 2024 10:18pm




Bot mangsa tidak dapat dikesan selepas keluar menangkap ikan. Gambar kecil: Ahamadkamaroodin




KOTA BHARU - Seorang tekong nelayan warga Thailand dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan kira-kira 30 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh pada Isnin.

Kejadian menimpa mangsa, Ahamadkamaroodin,48, disedari pada jam 8 pagi tadi selepas dia gagal dihubungi serta kedudukan bot yang digunakan tidak dapat dikesan.



Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada jam 4.20 petang dengan menggerakkan sebuah aset Maritim Negeri Kelantan iaitu bot Maritim Perkasa 1247 ke tempat kejadian bagi operasi terbabit.

Menurut beliau, pemakluman kepada komuniti nelayan setempat turut dilaksanakan.




Erwan Shah - Photo Sinar Harian




“Maritim Negeri Kelantan menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan mengkatifkan operasi susulan kejadian seorang tekong bersama bot nelayan tempatan yang dikhuatiri hilang ketika sedang menangkap ikan.

“Berdasarkan keterangan pemilik bot mangsa dipercayai keluar menangkap ikan dengan menaiki botnya pada jam 11.30 malam, Sabtu lalu dan namun gagal dihubungi hingga kini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini pada Isnin.

Menurut beliau, bot Maritim Perkasa 1247 yang melaksanakan Op Carilamat di lokasi pencarian masih tidak menemui sebarang petanda.


“Keadaan laut yang bergelora dan angin kencang di lokasi pencarian turut menjejaskan proses pencarian.

“Operasi ditangguhkan pada jam 7.24 malam dan akan di teruskan pada pukul 7 pagi esok,” kata beliau.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048897 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list