CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6043|Reply: 0

EPL: ‘Badai’ getir landa Liverpool

[Copy link]
Post time 22-2-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode

ALISSON hampir pasti tidak akan beraksi untuk final EFL menentang Chelsea selepas mengalami kecederaan dan memerlukan rehat sehingga penghujung bulan depan. - AFP

LIVERPOOL – Selepas isu tahap kecergasan melibatkan bintang utama mereka, Mohamed Salah, Liverpool bagaikan dilandai badai kecederaan apabila beberapa lagi pemain utamanya mungkin terpaksa direhatkan untuk tempoh yang agak lama.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu ketika ini hanya memiliki kelebihan satu mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding pencabar utama, Manchester City selain mereka bakal turun untuk aksi final Piala Liga Inggeris Ahad ini.

Bagaimanapun, mereka berdepan khabar yang kurang enak dan mampu merosakkan rancangan mereka untuk meraih trofi pertama musim ini apabila bakal kehilangan khidmat penjaga gol utama.

Alisson Becker dilapor mengalami kecederaan ketika Liverpool berjaya menewaskan Brentford 4-1 sebelum ini dan dia dijangka terlepas lima aksi bersama The Reds, mungkin hanya akan kembali selepas cuti rehat antarabangsa untuk bertemu Brighton pada 31 Mac nanti.

Perkembangan itu memaksa Klopp menggunakan penjaga gol keduanya, Caoimhin Kelleher untuk aksi final bertemu Chelsea di Wembley nanti, pusingan kelima Piala FA menentang Southampton serta tiga lagi aksi liga perdana sebelum Alisson kembali.

Situasi berkenaan agak getir terutama tiga aksi EPL berkenaan melibatkan perlawanan menentang Nottingham Forest, Manchester City dan derbi Merseyside berdepan Everton di Goodison Park.

Selain itu, Klopp turut kehilangan khidmat Diogo Jota apabila pemain itu mengalami kecederaan lutut ketika menentang Brentford dan terpaksa dikeluarkan pada babak pertama, namun dia dijangka kembali menyertai pasukan itu sebelum musim ini berakhir.

Kedua-dua pemain tersebut bakal menyertai beberapa lagi pemain termasuk Curtis Jones, Dominik Szoboszlai, Salah, Trent Alexander-Arnold dan beberapa lagi pemain yang terpaksa berada di bilik rawatan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ir-landa-liverpool/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.029995 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list