CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3496|Reply: 0

Skuad Kim Pan-gon elak ‘masuk angin’

[Copy link]
Post time 21-2-2024 08:50 AM | Show all posts |Read mode

FAM perlu segera mengatur perancangan terbaik buat Harimau Malaya dalam tempoh masa yang ada sebelum turun menentang Oman bulan depan. – FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) harus bertindak pantas untuk merangka perancangan terbaik buat skuad kebangsaan bagi mengelak Harimau Malaya ‘jatuh sakit’ sebelum aksi kelayakan ­Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Oman bulan depan.

Perubahan jadual pertandingan Liga Malaysia (Liga M) yang hanya akan bermula Mei ini pastinya menuntut keputusan segera daripada FAM sama ada mengatur latihan pusat ataupun mendapatkan aksi persahabatan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd. Sadek Mustafa berkata, walaupun sudah ada pasukan tempatan memulakan latihan, FAM juga wajar memiliki perancangan sendiri untuk mengelak Harimau Malaya menjadi ‘lembik’.

“Sekarang pemain bersama kelab masing-masing, mereka ada jalani latihan, namun dari segi perlawanan kompetitif ­tiada. Saya percaya (ketua jurulatih Harimau Malaya) Kim Pan-gon akan kekalkan skuad di Piala Asia ­untuk berdepan Oman nanti.

“Itu yang terbaik kita ada sekarang dan Kim Pan-gon juga tahu kelebihan pemain. Nak panggil awal untuk latihan itu terpulang kepada perancangan FAM,” ­katanya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin sebelum ini pernah menyatakan badan induk itu mempunyai perancangan untuk mengatur perlawanan persahabatan, tetapi sehingga hari ini belum ada sebarang pengesahan rasmi berhubung lawan yang bakal dihadapi.

Mengikut jadual pertan­dingan, Harimau Malaya akan berkunjung ke Muscat pada 22 Mac ini untuk aksi ketiga Kumpulan D sebelum menerima kehadiran Oman di Stadium ­Nasional Bukit Jalil empat hari kemudian.

Selepas dua perlawanan bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan, anak-anak buah Pan-gon kini berada di puncak kumpulan hasil dua kemenangan ketika ini.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... n-elak-masuk-angin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.033038 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list