CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6946|Reply: 0

Napoli lantik Calzona pengurus sementara

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Francesco Calzona ketika bertugas sebagai penolong pengurus Napoli pada April 2016. – Foto AFP

NAPLES, Itali: Napoli melantik Francesco Calzona sebagai pengurus sementara hingga hujung musim ini susulan pemecatan Walter Mazzarri, umum kelab Serie A itu semalam.

Mazzarri muncul jurulatih kedua dipecat di kelab itu musim ini selepas nasib sama menimpa Rudi Garcia pada November lalu.

Usaha Napoli mempertahankan kejuaraan Serie A tidak menjadi kenyataan sejak Luciano Spalletti meninggalkan kelab itu selepas kejayaan merebut Scudetto musim lalu, dengan pasukan itu menghuni tangga kesembilan dalam carta.

"Saya berterima kasih kepada Walter Mazzarri, seorang rakan keluarga De Laurentiis dan Napoli, kerana menyokong pasukan dalam satu tempoh sukar," kata presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis dalam akaun X.



"Beliau akan kekal di hati Neapolitans dan keluarga kami. Selamat kembali Francesco Calzona, yang sudah bekerja bersama kami di bawah kedua-dua (Maurizio) Sarri dan Spalletti."

Calzona sebelum ini pernah berkhidmat sebagai penolong pengurus di Napoli di bawah kendalian Sarri dan Spalletti dan meninggalkan kelab itu pada 2022 untuk mengambil alih sebagai pengurus Slovakia serta membantu mereka layak ke Euro 2024.

Persatuan Bolasepak Slovakia (SFZ) memberi kebenaran kepada Calzona untuk kembali ke Napoli secara sementara dan pasukan kebangsaan akan mempunyai dua aksi persahabatan pada Mac menentang Austria dan Norway, sebelum kejohanan di Jerman bermula pada Jun depan.

Sejak Mazzarri mengambil alih daripada Garcia November lalu, keadaan menjadi lebih teruk bagi tempoh keduanya di kelab itu, sesudah mengurus mereka antara 2009-2013.

Perlawanan pertama kendalian Calzona hadir awal pagi Khamis ini apabila Napoli melayan kunjungan Barcelona bagi aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pengurus-sementara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.039876 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list